Pages

Friday, April 1, 2011

One month left..T_T

Assalamualaikum and moshi2 readers..

pejam celik.. pejam celik.. sambil awcak! awcak! dah masuk bulan April. Haaa?? bulan APRIL?? maknanya tinggal sebulan je agi aku praktikal. Yeah!! saat nilah yang aku paling nanti-nantikan sejak 1stday aku mula praktikal. ngee~~ membe2 yang senasib dengan aku macam mana? setuju?? haha..

kata hatiku sebelum, dan semasa Latihan Industri..

sebelum Latihan Industri..

time ni akulah yang paling semangat nak praktikal banding dengan budak-budak kelas aku. kononnya tak sabar-sabar nak masuk dunia kerja engineer ni. maklumlah sebelum ni time lepasan SPM kerja kat shopping complex je.. jadi promoter lah.. cashier lah.. cook.. dan banyak lagi lah keje-keje taraf budak sekolah. time semester 4 ni lah peluang yang ada nak kerja tempat2 yang ada kaitan dengan course aku. 

cehwah!! terasa tua lah plak.haha.. kiranya ni lah 1st time aku nak try kerja dalam industri macam mana. aku apply company swasta plak. memang duduk office lah aku. memang gumbiralah aku.. hehe~~

sementara menunggu hari pendaftaran aku, macam2 yang bermain dalam otak aku time tu. antaranya..

  • tak sabarnya nak tengok tempat duduk aku sendiri dalam office..
  • nanti bila dapat kerja aku siapkan secepat mungkin and makesure complete..(tekad2^^)
  • harap sangatlah aku dapat supervisor yang sporting and always give more work..(harapan^^)
  • kalau kat office mesti ada ramai awek cun2 kan..yaawww..!! ada peluang ni.. hehe=P

bertapa semangatnya aku sampai fikir macam ni aw. memang tak leh blah~~

semasa Latihan Industri

Reaction aku masa 1st time masuk office.. Wow!! Bestnya.. walaupun kecik tapi selesa tempatnya. staf lak semuanya peramah dengan aku. memang terbaiklah tempat ni.

sebulan kemudian.. peningnya kepala aku. berpusing2!! kerja aku asik straight study,baca and tulis sendiri je.. bila aku nak dapat kerja ni?? Tension and Bosan tahap gaban!! tapi aku bertahan gak.. takpe2.. sabar shez.. berkorban dulu. mana taw dapat kerja lain yang lagi best lak.( konon semangat bagai~~)

1/2 of the semester.. Bosannya terperap dalam office and takde keje nak wat.. nasib baik ada internet.. mulalah online bermuka buku, download bagai.. maka.. habislah masa2 aku dengan mengonline.. dari aku buta sampailah aku celik IT.. hahaXD

bosannya wat report..0_0
sekarang.. kerja aku makin hari makin tak wujud.. umpama dok umah dengan office sama je.. goyang kaki bagai~~ sampai internet depan mata pun dah tak tahu nak wat pe. sekarang aku isi masa yang agak lapang ni pun dengan blog je. kasi berisi sikt kepala otak aku ni daripada terus membeku tak tahu nak wat pe. haha..

begitulah kesah aku dan sebab musabab aku tak sabar nak habiskan praktikal ni.. tapi bila fikir balik rasa sedih sangat nak tinggal office ni.. bukan sedih sebab nak tinggalkan peluang kumpul elaun and lepak2. aku sedih nak tinggalkan kenangan manis aku dengan staf kat sini. dorang semua selalu baik dengan aku, wat aku tersenyum and sporting. walaupun perbezaan usia.. chemistry kami tetap sama. terima kasih ya Allah. kau telah ketemukan aku dengan mereka. aku bersyukur sangat-sangat. arigatou!!^_^



p/s: pukulan ombak pertama takkan sama dengan pukulan ombak yang kedua. kenangan yang berlaku sebelum ini takkan sama dengan hari yang lain. so.. hargailah masa yang terluang bersama orang yang tersayang.. and enjoy the life..^_^

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...