Assalamualaikum dan Ohaiyou semua!!
Dipagi hari yang mulia ni.. Sebelum bermulanya Khutbah Jumaat.. Aku nak mencurahkan sedikit ilmu yang aku dapat kepada kamu semua yang membaca supaya dapat disampaikan dan diamalkan lepas ni.. InsyaAllah ^_^ Tajuk tazkirah pertama Uzt Shezwan yang kawaii yang ingin dikongsikan adalah...
"Petua yang diturunkan oleh Imam Syafie"
Actually sebelum gi keje tadi aku selongkar bilik aku yang bersepah tu.. tiba2 terjumpa lah plak nota kecil aku time zaman kehingusan aku dulu. haha.. Bila dibaca ternampak lah plak nota yang aku amik ni.. Maka tercurah-curah dan terpancar-pancarlah idea dalam kepala otak aku yang penuh dengan kegelapan ilmu ni untuk dishare dengan pembaca sekalian.. Marilah sama2 kita ketahui dan amalkan petua2 ini ye...^_^
Empat perkara menguatkan badan
1. makan daging
2. memakai haruman
3. kerap mandi
4. berpakaian dari kapas
Empat perkara melemahkan badan
1. banyak berkelamin (bersetubuh)
2. selalu cemas
3. banyak minum air ketika makan
4. banyak makan bahan yang masam
Empat perkara menajamkan mata
1. duduk mengadap kiblat
2. bercelak sebelum tidur
3. memandang yang hijau
4. berpakaian bersih
Empat perkara merosakkan mata
1. memandang najis
2. melihat orang dibunuh
3. melihat kemaluan
4. membelakangi kiblat
Empat perkara menajamkan fikiran
1. tidak banyak berbual kosong
2. rajin bersugi (gosok gigi)
3. bercakap dengan orang soleh
4. bergaul dengan para ulama
4 CARA TIDUR
1. TIDUR PARA NABI : Tidur terlentang sambil berfikir tentang kejadian langit danbumi.
2. TIDUR PARA ULAMA' & AHLI IBADAH : Mengiring ke sebelah kanan supaya memudahkan terjaga untuk solat malam.
3. TIDUR PARA RAJA YANG HALOBA : Mengiring ke sebelah kiri untuk mencernakan makanan yang banyak dimakan.
4. TIDUR SYAITAN : Menelungkup/tiarap seperti tidurnya ahli neraka.
Nota Tambahan Uzt Shezwan:
* Kalau ada kesudian .. Tolong sebarkan maklumat ini kepada saudara Muslim - Muslimat yang lain agar menjadi amalan kepada kita semua. Ilmu yang bermanfaat ialah salah satu amal yang berkekalan bagi orang yang mengajarnya meskipun dia sudah mati.
Renung2kan dan Selamat Beramal..^_^
8 comments:
begitulah td tazkirah jumaat sblm solat jumaat dilaksanakan..wakakakakaka..=P tepuk dada tanya iman..chewah~=P
haha terimas la atas tazkirah diatas.. sebelum pegi solat jumaat dah ade tazkirah awal2.. hoho :P
assalamualaikum ustaz,,,
saye sll tdo iring ke kanan,,
tp bangun tdo posisi da lain,,
xprasan la ustaz,,caner ekk
;-D
feeling ustaz ea,,alhamdulillah
segala bnde aku makan , padanlah aku kuat . aku kuat lagi sbb blom kawen . so ta ade p'stubuhan .. hahakz !
aku suke tngok lubang jamban weyh sje nak cek ade taik x .. kalau ade padan lah muka aku . patot la mata aku ta berape nak terang .
aku boley tidur dalam semua keadaan .. nampak sangat aku kuat membuta kan . HAHA !
neway ! nice info .. thx 4 the shring =)
hmm ~ pakai celak ? kalau x reti pakai macam mane ?
wah3...perkongsian yang bguss...minx share kat fb yee..^^
PERHATIAN; anda telah di-tag!! :)
http://aq-keyri.blogspot.com/2011/04/smart-ke-blog-aku.html
wah... best info2 ko ni...
suka2... thanks...
slalu juga tdor cam biase...
tapi bile terjage
kdg2 tertiarap... huhu
Post a Comment