Pages

Wednesday, April 27, 2011

Dream...


Assalamualaikum and moshim0sh!!
Alloha!! Konbanwa readers.. ^_^ long time not ketemu.. kabare genkidesu ka??
(habis rojak bahasa ko guna ni shez. Hancur2! ngeng~~) Gomen ne~~ 
Straight to the point je lah.. o_O


Dream = Impian(search kat google translate.. haha), semua orang ada impian dan tujuan masing2 untuk mencapai sesuatu perkara. Ada impian nak jadi orang yang berjaya.. Ada yang sanggup buat apa sahaja demi kebahagiaan seseorang.. dan ada gak yang nak jadi superhero macam Kamen Rider..(aku ler tu) macam2.. adoiyai~~ haha.. tapi jangan bagitau aku lak yang korang takde impian langsung dalam hidup.. (better bunuh diri lah lagi bagos!! jahat tak aku?? XD)


Aku menganggap sebagai satu keistimewaan dan penghormatan apabila datang seseorang berkongsi impian dorang kepada aku. Itu menunjukkan satu tanda keberanian dan kepercayaan seseorang. My advice.. hati-hati dengan kata-kata. Please take note readers.. Perkataan yang salah akan memusnahkan impian seseorang, perkataan yang betul akan menginspirasikan untuk mencapainya!


Kalau datang seseorang menceritakan impian mereka, hati-hati dan pertimbangkan perkara di bawah bila korang cuba untuk mengukuh dan menyokong impian mereka;

1. Fahami bahawa impian mudah lebur. Ada manusia yang mencapai impian mereka dengan menghancurkan impian orang lain. Believe it, manusia sebegini takkan diberkati dan kejayaan mereka tidak kekal lama sebab Tuhan Maha Adil. Jangan benarkan diri kita menjadi penghancur kepada impian orang lain. Jadilah pengukuh kepada impian seseorang. Takde Hak untuk kita mengkritik impian orang lain.

2. Kehilangan impian adalah kehilangan yang besar. Aku ada petik dari En.Google yang Benjamin Franklin pernah berkata, “Ramai manusia mati seawal usia 25 tahun kerana mereka berhenti dari membina impian." Itulah pentingnya untuk menghidupkan impian orang lain. Secara tidak langsung, kita membantu mereka untuk terus hidup.

3. Menyokong mereka untuk memenuhi impian adalah satu hadiah istimewa dengan melakukan cara berikut;
 
Tanya mereka untuk berkongsi impian mereka dengan kita. Semua orang ada impian, tapi tak semua yang ditanya tentang impian tersebut.
    
Sokong diri seseorang itu sepertimana anda sokong impian mereka. Biar mereka tahu bahawa mereka layak untuk mencapainya.
    
Tanya mereka tentang cabaran yang mesti mereka lalui untuk mencapai impian tersebut.

Tawarkan bantuan kita. Tiada siapa mencapai impian mereka keseorangan. Tawarkan bantuan kita walau sekecil mana sekalipun.
    
Sentiasa lawati impian mereka secara konsisiten. Bukan hanya pada kali pertama, tetapi selalukan bertanya kepadanya tentang impian yang ingin dicapai.    

Jadilah seorang Dream booster, bukan Dream buster!

4. Seseorang akan mencapai impian mereka bila diberi peluang..


Keempat-empat perkara kat atas ni aku petik dari nota aku time ceramah motivasi sebelum PMR.. haha.. tak sangka leh terjumpa balik nota2 lama aku ni. Senang sikit aku nak share dengan korang daripada memerah otak sampai nak malatop pikirkannya.. hehe.. Harapan aku entry ni dapat membuatkan kita semua lebih semangat untuk mencapai impian yang telah ditanam dalam diri kita.. InsyaAllah.. So..  

Lets make our dream come true yaaawwW!! 

sebelum tu layan lagu kat bawah ni.. (saja nak promot.. haha)  
"Yui-life"enjoy!! weee^_^


Pesan mama:  If at first you dont suceed, just remember you can do it and keep following your DREAM!! (Yosh!! Ganbarimashooou!!^_^)

10 comments:

adwafarahin said...

nk jadi org yg menyokong impian org lain

seronok klu dpt tgk impian org lain tercapai ^^

cantekk said...

saye takde impian sgt,,
da letih la pasang impian bkobar2
go wit de flow je,,
lau ada rejeki, insya Allah ada la tu.. ;-)

Si KuCar KaciR said...

yup... everyone must has a dream! kalau x baik mati jela. hahaha

bungaitucantik said...

yana de impian tp mse dpn kabur lg, cne ek..huhu

Shamsuddin Amin said...

the only way to make ur dream comes true is wake up from ur sleep and do something to make it true...^^

Santan berlada : Member KL ku yg terlampau...

Ezay Hadry said...

impianku amat tinggi...nak jadi Presiden boleh?? bhaha
suke pesan mama awak tu: if at first you dont succeed, just remember you can do ita nd keep following your DREAM

amny said...

waahh..sokong atay shamsuddin amin tuu...suka ayat die..^^

deeya said...

aku punye impian teringin nak tengok naga dengan burung garuda .. ko boley tolong capaikan impian aku x ?? ^__^

k e y r i said...

walaweee..... superb lah! terbaik la yeop! haha hang mmg sesuai jd kounselor sekolah ni.. :)

EB said...

Waalaikumusalam..

Impian itu penting.. Daripada impian itulah baru kita tahu apa tujuan kita. Baru kita tahu apa yg kita perlu kejar n lakukan.. Impian adalah satu titik permulaan untuk kita berusaha mendapatkan impian tersebut..

Tapi skrg ni, x rmai kawan yg suka melihat rakannya berjaya mendekat atau mengapai impiannya.. Bila da hmpir tercapai impian tersebut.. Ada saja org yg tidak selesa dgn apa yg kita kecapi.. Tp itula lumrah kehidupan.. Bila itu berlaku Allah hendakkan apa yg bakal kita kecapi tu lebih bermakna dgn segala rintangan itu..

Teruskn usaha anda.. Aku doakn yg terbaik buat kamu shbt...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...