Pages

Tuesday, April 12, 2011

Mengapa Jual Mahal Senyuman Anda???


Assalamualaikum and moshi2 readers..

Senyum? sekarang ni memang susah nak tengok orang senyum.. Susah sangat ke nak menarik urat pipi dan mulut tu ..? Kenapa mesti murung bermasam memanjang bagai macam burung belatuk?? Mahal sangat ke senyuman tu huh? (banyak betul persoalan aku ni.. terover X_X) haha.. Tak molek gitu.. Buruk beno aku tengok kalau muka tu masam bercuka je.. Kita sepatutnya murahkanlah senyuman kita tu kepada sesiapapun.. samada kepada yang muda mahupun yang tua. 


Haaa.. Thats why aku selalu kelihatan muda..!wahkahkahkah (jangan riak lah shez) ngee.. Aku bukan nak bangga tapi memang kenyataan ramai puji aku muka macam budak2.. padahal aku dah nak masuk peringkat dewasa da.. siap berjanggut lagi.. tak paham betul..o_O maybe awet muda kot.. ahaks!! (poyo je lebih shez ni.. ngee~~) Kembali2.. 

Korang taw tak ada banyak kelebihan bila kita senyum ni.. ni adalah info2 yang aku dapat pasal senyum ni.. please take note k readers.. ^_^   ngee..


1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa merupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.
2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupaya menceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.

4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.

5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.

6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.

7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.

8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa. Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan'adrenaline' .

9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.

senyum begini amatlah tidak digalakkan.. seram lak aku tengok X_X

11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen, sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.

13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.

14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, hanya sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.


Dah nampakkan banyak kelebihannya dalam senyum ni.. jadi lepas ni kita latihlah dalam diri kita untuk kerap senyum.. weee..=D eehhh.. 

Tiba-tiba teringat lak ada satu lagu time aku orientasi form 4 kat sekolah Teknik dulu.. lagu ni banyak mengubah pendirian aku daripada muka hingusan kepada macho!! haha..(perasan lebih) Aku takkan lupa kenangan manis zaman kehingusan aku tu.. haha.. just check this out.. rasanya korang kenal kot lagu ni..

Senyum seindah suria
Yang membawa cahya
Senyumlah dari hati
Duniamu berseri
Senyum umpama titian
Dalam kehidupan
Kau tersenyum ku tersenyum
Kemesraan menguntum
Senyum… kepada semua
Senyumanmu amatlah berharga
Senyum… membahagiakan
Dengan senyuman terjalinlah
Ikatan…


Time orientasi tu kitorang tak nyanyi pakai lirik ni.. Haa.. Apa kata korang lak try.. senang je.. cuba tukar perkataan "SENYUM" kepada "KENTUT".. then nyanyi ikot rentak dalam video kat atas ni.. senang kan?? anda mampu mengubahnya.. selamat mencuba.. haha^_^

#sumber kelebihan senyum berasal dari scribd.com..



pesan mama:  senyumlah dengan ikhlas dan seperti Rasulullah S.A.W.. 
moga dapat terjalinlah ukhuwah kita bersama.. InsyaAllah =D(JOM SENYUM!!)

12 comments:

D.L.M Supplement Ent said...

salam tuan blog jom join Bloglist 1 bulan bersama dunialelakimaskulin.com

http://www.dunialelakimaskulin.com/2011/04/bloglist-1-bulan-bersama.html

kiz said...

senyum je..bukan kena bayar pun.. ahaks..

Unknown said...

tapi sekarang senyum pun leh dapat duit taw.. pelik2.. haha

Anonymous said...

senyum tiga :D
ok tak?

owh ye ke, umur kamu brp skang?

Unknown said...

suki2^^ ngee.. agak2 berapa?? hehe

Anonymous said...

hey...kita kasik ikan awak mkn ;)

Nrzkh said...

senyum seindah suria :)

nurshahirah said...

yeah!!!haha

Hafriz Mohamad said...

Aku senyum bila sy prasan yg aku x snyum.. mknanya.. aku sntiasa snyum la..hik3. bleh prcaya ka? tgok ls sndiri..

anamizu said...

harus senyum selalu..hehe

Santan Berlada said...

senyum tu mmg awet mude...
senyum juga boleh sembunyikan perasaan kite...

smile n epy always...^^

deeya said...

shezwan kacak , shezwan macho ,
shezwan dengar sinie ,
kalau sye senyum , shezwan mesti senyum sekali
bile kite senyum , barulah kita awet muda *erk .. tetibe !

owh ! patutla sye rase awet muda slalu .. ketawa besar . kah3 !!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...