Assalamualaikum and moshi2 readers..
Ohaiyou semua!! genkidesuka..? ngee (ko pagi2 dah mencarut kan shez.. insaflah kamu) kembali2.. ngee~~
Ok!! 1st of all.. Aku berterima kasih sangat amat teramat kuasa 2 kepada semua yang sudi membaca, menjejak, serta meninggalkan pendapat sengal kalian dalam blog aku ni sejak 3 minggu lepas sampailah ke hari ini. Hontoni arigato!!
Aku sentiasa berusaha untuk membaikpulih segala kekreatifan aku dalam entry yang akan datang.. dan diharap tegurlah anak murid kalian ni(aku lah tu) sekiranya ada salah dan silap.. Onegaishimasu!! Sebab kalianlah sensei yang banyak guide aku dalam alam mayat ni.. InsyaAllah.. hehe..^_^
onegai!!(I'm begging) |
please guide me.. |
Entry kali ini aku nak perkenalkan satu bidang yang aku ceburi sekarang ni.. Maybe.. err.. bukan maybe tapi memang kebanyakan korang tak pernah dengar or tak tahu pasal benda alah ni.. nak tahu bidang apa yang aku amik time diploma ni.. Lets check the dialog down here between me and my uncle..
#time ni aku baru dapat tawaran nak sambung Diploma..
Uncle: hai shez.. macam mana sekarang? ada dapat tawaran mana2 tak setakat ni?
Shez: yeah.. baru dapat satu kat Politeknik Behrang Perak..
Uncle: Alhamdulillah.. dapat course apa je? Diploma kan?
Shez: Yup! dapat DEM..
Uncle: Apa?? DAMN?!! (bukan main kuat dia cakap damn)
Shez: Bukan DAMN lah uncle.. mencarut plak.. DEM udah.. Diploma ElektroMekanikal atau lebih dikenali sebagai Mekatronik..
Uncle: Owh.. bagoslah.. Tahniah!! (bisikan uncle: apa ke jadah course yang dia amik ni)
Shez: Ye!! aku memang tak dengar pun (perli baik punya.. dah tak taw tanya je lah.. haha)
Sekarang dah taw kan course apa yang aku amik sampai sekarang ni.. Bukan uncle aku sorang je yang tak tahu.. ramai kenalan2 aku kurang tahu pasal mekatronik ni (sopan kan ayat aku.. haha).. Yang bengangnya, dah tak tahu tu leh lak sesuka hati cakap aku amik course DAMN.. DAMN tu CELAKA ok.. memang tak ada insuran betullah mulut2 kalian itu.. touching2.. ngee T.T
(Relax lah bro.. kasi tahulah pekebenda Mekatronik tu) Meh sini cek habak sat..
Dulu kat Yaskawa, Jepun.. Mekatronik Engineering ni diperkenalkan oleh Tetsuro Mori pada tahun 1969. Kenyataan beliau mengatakan pada zaman itu.. Mekatronik ni merupakan gabungan antara Mekanikal dan Elektronik.. tapi disebabkan teknologi dah makin maju sekarang.. Bidang Mekatronik ni sudah makin berkembang hampir ke seluruh negara. dan diupgradekan menjadi gabungan antara mekanikal, elektronik, perisian, dan kawalan. Dikira macam bagi sesiapa yang ceburi bidang ni leh kendali mesin serta menghasilkan produk seperti cipta robot, mesin basuh, mesin CNC (Computer Numerical Control) dan sebagainya..
Antara pekerjaan yang berkaitan dengan bidang mekatronik ni ada banyak cabang seperti gambar rajah dibawah ni..
Seperti yang kalian tengok pada rajah tersebut.. terdapat 8 jenis bidang pekerjaan leh diceburi.. aku explain secara am je ok..
- Automotif ni banyak mengendalikan bahagian2 transport seperti kereta. Pekerjaan ni kebanyakannya bertempat di kilang2 kereta seperti kilang proton, toyota, perodua and so on..
- Aerospace ni kalau tak silap merupakan satu bidang yang pelbagai dimana merujuk kepada industri yang menyelidik, design, pembuatan dan mengekalkan pergerakan kenderaan stabil samada diangkasa mahupun diudara.
- Medical lak yang aku tahu selalunya banyak mengendalikan mesin2 di hospital seperti X-ray.
- Xerography lak aku tak berapa pasti tapi yang aku tahu ada kaitan dengan mesin fotostat yang leh menghasilkan surat khabar (lebih kuranglah)
- Defense system lak mengendalikan bahagian senjata2 atau apa2 yang berkaitan dengan pertahanan negara (bidang ni sesuai bagi siapa yang nak join Polis or Tentera tapi bahagian engineerlah)
- Consumer produk banyak mengakaji kualiti sesuatu produk terutama bahan2 elektronik seperti mesin2.
- Manufacturing lak seperti yang korang tahu pembuatan sesuatu produk yang berkaitan dengan mekanikal.
- Lastly, Material Processing merupakan bidang yang bayak mengkaji proses2 dalam menghasilkan sesuatu produk di industri2..
Fuh.. rasanya tu je kot secara am yang perlu tahu pasal Mekatronik ni. Mengikut kajian yang aku dah buat selama ni.. bidang ni memang antara yang paling sukar nak ceburi jika dibandingkan dengan bidang Engineering yang lain. So.. kepada adik2, abang2, akak2 yang baru nak apply bidang apa nak amik. fikirlah masak2 sebelum wat conclusion especially perempuan. Sebab kebanyakan perempuan tak leh bawa bidang ni. Terpulanglah kepada masing2 nak wat decision.
Tapi memang aku galakkan sangat2 korang ambil bidang ni sebab ada banyak cabang leh study dan peluang pekerjaan pun cerah menyilau. haha.. Buat sementara ni, aku still leh bawa bidang ni.. Alhamdulillah.. moreover memang course yang aku minat lor.. hehe ^_^ Harap entry ni dapat membezakan yang mana DEM dan yang mana DAMN.. haha..
p/s: Dont you dare to call me DAMN again.. ngee >_<
9 comments:
uih..bkn stkt uncle shez,nonie pun bru tau ngn detail ttg course tu..:)
tq for the info :)
hehe, teruskab usaha shez, =)
iski2 selalu tau hehehe =D
good luck for your future undertaking.. yang penting jangan memain.. nanti menyesal macam akak ko ni.. hehe
wokey2.. arigatou minna!! ^_^
mekatronik ea,,,
ni lau kje ngn michael bay wat transformer4 ni lepas la ye ;-D hihi
penah dengar,,tapi CN tak minat pkm..minat akaun :) papepun, goodluck
p/s: sedap tak mkn cucur udang kat blog CN?
shezwan ni study kt jepun ke??
taklah.. kat behrang,Perak je pun.. hehe^_^
sem berape? samelaa,..poli pun same
Post a Comment