Pages

Friday, May 6, 2011

Where Sensei? We need you!!


Assalamualaikum and konbanwa readers..

Entry kali ni aku wat khas untuk sensei2 sedunia termasuk ko "Keyri" yang bakal menjadi pendidik satu masa nanti. (memang gelap lah dunia ko nanti keyri.. haha.. XD) Aku pun minat gak nak jadi sensei ni.. keje relax je kasi homework, tanda buku latihan and paper exam, then dapat cuti macam budak2 skolah.. Simple kan?? Maybe aku apply time aku tua nanti kot sebab sekarang ni hati aku lebih kat engineer lah.. sorry ye mama papa sebab tak dapat teruskan tradisi family ni.. haha^_^


Guru seperti yang kita tau ibarat ibu dan bapa kita time skolah, bla.. bla.. bla.. itu lah guru yang ramai orang tafsirkan time zaman kehingusan dulu.. tapi korang taw ke pengorbanan guru ni macam mana? peritnya dalam melayan segala karenah pelajar2 yang agak "BAIK" kat sekolah macam neraka tu?? Then tak cukup dengan tu kita lak suka2 carut mencarut kat cikgu.. (aku lah tukang carut tu.. haha) Ada pernah terlintas ke dalam fikiran kita bagaimana perasaan insan yang bernama GURU ni bila dilayan sebegitu rupa?? Sama2lah kita bermuhasabah diri ye readers.. ^_^

Jika korang diberi pilihan, mana 1 korang nak pilih? 

nak jadi Cikgu atau Lecturer?

Sudah semestinyalah nak jadi lecturer bukan. Yelah.. gaji lecturer lagi tinggi dari gaji cikgu, takyah amik taw sangat pasal pelajar jika dibandingkan dengan guru kat sekolah, dan banyak lagilah kelebihan kalo jadi pensyarah ni. Dikira macam jadi pensyarah ni lebih ringan beban dari jadi guru. (Kalo begini niat insan yang nak jadi pendidik memang alamatnya hancurlah didikannya.. aiya~~) Betul ke ni shez? ke ko auta je lebih.. Itu terpulang pada diri masing2.. ni lah pendapat aku tentang kedua2 jenis pendidik ni. 


Aku bukan nak burukkan dua pendidik ni tapi ni lah kenyataannya. Kebanyakan pendidik sekarang bukan niat nak mendidik just nak kejar jawatan dan harta duniawi untuk kepentingan diri dan keluarga. Sampai pelajar yang lemah dan tidak bermaya pun tidak diendahkan dan terabai seperti sampah dijalanan.
(cehwah!! ayat memang tak leh blah..haha)

Jadi seorang pendidik ni memang susah. Perlukan pengorbanan masa dan tenaga untuk memastikan didikannya sampai kepada pelajarnya. Aku bukan seorang sensei mahupun lecturer, tapi aku dapat merasainya melalui ibu bapa aku. Sebab seperti yang kita tau ibu bapa merupakan pendidik utama dalam hidup kita. Kedua lak ibu bapa aku juga memang merupakan seorang guru di sekolah. Jadi memang aku faham segala pengorbanan insan2 ini.
Mereka mengharapkan anak didikannya menjadi orang berguna sehingga segala titik peluh penat lelahnya pun tidak dipedulikan sama sekali. Begitu besar pengorbanan mereka..
Tapi kini, ramai pendidik yang lupa, alpa, leka dengan fattamorgana. Hanya pangkat, harta, nafsu menjadi peneman setia. Dimana perginya pendidik yang ditugaskan untuk membimbing pelajar untuk menjadi manusia yang berjaya... yang mengajar membezakan mana baik buruk sesuatu perkara... menerima seadanya tanpa membezakan agama, bangsa dan agama... Manakah mereka?? Wahai pendidik.. celikkan dan ikhlaskan lah hati mu itu kerana kamu lah insan2 penting yang akan mengubah masa depan diri pelajar itu kelak... Malahan Pendidik juga merupakan Ikon kepada pelajar.. 
(actually ape yang aku cuba carutkan ni?? o_O")
 
Oleh itu, diharap kepada sesiapa yang bakal menjadi pendidik.. aku sarankan korang tengoklah 2 citer Jepun ni.. Pada aku citer ni bagos bagi beginner pendidik macam ko Keyri.. (Sempat plak aku promot citer2 neh.. hampeh~~) haha..


tiba-tiba aku teringat kata terakhir seorang cikgu kesanyangan aku time aku gi amek sijil SPM dulu..


"Jangan menjadi guru jika anda tidak berminat. Hanya untuk mendapat gaji dan imbuhan, carilah pekerjaan lain, jangan "mendera" murid kamu dengan ketidak ikhlasan kamu nanti"

 Akan ku ingat sampai bila2 sensei!! hehe^_^ dah lah tu.. aku rasa dah cukup panjang aku mengarut entry kali ini. Sebelum itu, sekiranya ada beberapa ayat yang tak berapa berkenan harap sangat dimaafi.. segala teguran kalian amatlah diperlukan.. gomen!!
(Terasa lain macam lah tulisan aku sekarang.. pelik2 =.=")

p/s: Aku terasa macam pelik sangat dengan penulisan aku kali ni.. kalo da ternampak skru longgar kat mana2 tolong tegur aku ye.. Arigatou..^_^

9 comments:

Shamsuddin Amin said...

x kire...
nak jd lctre juga... haha
tapi x layak la...LoL

k e y r i said...

well written.. mak aku pon cikgu gak.. aku tai camne rase mak aku tu... haih.. xtau nk ckp pe, sbab aku pernah jumpe guru yg camtu gak.. x iklas nk ngajar.. harap2 KALAU aku pegi IPG tu, aku kene ikhlas kan hati aku utk kerjaya ni... hmm... thanks for the entry, betul2 mengingatkan aku :)

missSenget said...

aku tak mampu jadi ckgu....kurang sifat penyabar...


hahahaha...

anamizu said...

cikgu zaman skrg tak mcm cikgu zaman dedulu dah..hee~~

kotak bulat said...

cikgu sekarang takut kt parent student kot.. hheehee.. :P

Entry terbaru : Anak Ugut Ibu Guna Sms

adwafarahin said...

xde bakat jd pendidik
huhu LOL!

i am S!L4H.. said...

haha. dh tue nanti? =p

deeya said...

bukan senang nak jadi pendidik .. macam mane kite punye nakal kat skolah dulu , macam tu lah nanti anak murid kite . owh ! mujur ta jadi cikgu .. klau x , pengsan setiap hari agaknyer . keh3 !!

deDetz said...

shez!! apa khabar?
sy bru dpat online hr ni huhu..
neway, thanks buat entri ni..
saya salah seorang yang naaaaak sangat jadi cikgu =)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...