Pages

Saturday, May 21, 2011

Hentikan keje Part time jadi Burung hantu!!


..Assalamualaikum and moshim0sh semua..^_^
Sejak aku masuk dalam dunia IPT ni memang tak pernah miss lah jadi burung hantu dikala bulan tegak terpacak diatas kepala sambil diringi dengan suara dengkuran yang serba lunak dan merdu.. ^o^" haha.. Standard deviation lah.. sekarang en dah banyak hiburan.. tambahan lak bile ada internet.. memang confirm2 depan laptop je lah memanjang.. sampai sub0h pn terlewat.. (kadang2.. hehe) kalo seminit dua takpe.. ni sampai berjam2 terlepas.. ape kes?? bukan setakat suboh gajah.. title Sub0h Dinosaur pun leh pegang taw.. adoiyai~~  


Mama aku selalu pesan.. "Jangan tido LAMBAT shezwan!!" kalo nak ikotkan nak tercabut kedua-dua telinga aku ni.. ngee.. tapi aku pelik gak lah.. teruk sangat ke effect kalo selalu tido lambat ni..? Nak tahu KENAPA? Jom kita explore artikel kat bawah ni yaawwwW! =D


Tid0r yang nyenyak dan sempurna sangat penting. Jika kita tak tidur dengan baik, racun dalam tubuh kita akan terkumpul dan ini akan mempengaruhi tahap kesihatan serta emosi kita.

Punca utama kerosakan hati adalah:
  1. Tidur terlalu lewat dan bangun lambat adalah penyebab utama
  2. Tidak buang air kecil di pagi hari.
  3. Terlalu banyak makan.
  4. Tidak mengambil sarapan.
  5. Mengambil terlalu banyak ubat-ubatan.
  6. Mengambil terlalu banyak bahan pengawet, aditif, pewarna makanan, dan perasa tiruan.
  7. Mengambil terlalu banyak makanan berminyak. Jangan mengambil terlalu banyak makanan berminyak walaupun makanan yang menggunakan minyak goreng terbaik seperti minyak zaitun. Elakkan mengambil makanan berminyak ketika anda dalam keadaan letih, kecuali ketika badan sedang dalam keadaan betul-betul fit.
  8. Mengambil terlalu banyak makanan juga boleh memberikan beban berlebihan kepada hati. Sayuran seeloknya harus dimakan mentah atau dimasak 3-5 bahagian sahaja. Sayuran yang dimasak harus dimakan dalam satu sajian dan tidak disimpan.
Kita harus mengamalkan gaya pemakanan yang sihat dalam kehidupan. Amalan pemakanan yang sihat sangat penting bagi memastikan tubuh kita untuk menyerap dan menyingkirkan bahan kimia yang tidak diperlukan oleh tubuh.
Kerana ....

Fahami bagaimana tubuh kita berfungsi:

Malam (9pm - 11pm): adalah masa untuk menyahkan/membuang toxic chemicals (de- toxification) yang tidak diperlukan dari sistem antibodi (lymph nodes). Dalam waktu ini kita seharusnya dalam keadaan tenang dan suasana yang relax seperti mendengar musik. Jika seorang suri rumah dalam ketika ini masih menjalankan aktiviti hariannya seperti mencuci pinggan atau mengawasi anak-anak membuat kerja rumah, ini akan memberikan kesan negatif pada kesihatannya.

Malam di (11pm-1am): Proses de-toxification dalam hati, dan secara idealnya harus dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (1am - 3am): proses de-toxification di bahagian hempedu, idealnya juga dilakukan dalam keadaan tidur nyenyak.

Tengah malam (3am - 5am): proses de-toxification di bahagian paru-paru. Oleh kerana itulah kebiasaannya bagi yang sedang mengalami batuk, ketika ini anda akan mengalami batuk yang sangat kuat. Memandangkan proses de-toxification telah sampai ke saluran pernafasan, kita tidak perlu mengambil ubat batuk ketika ini kerana ianya akan menganggu proses pembuangan toksin tersebut.

Awal pagi (5am - 7am): proses de-toxification di bahagian usus besar.. anda harus mengosongkan usus.

Pagi (7am - 9am): Penyerapan gizi pada usus kecil, kita harus sarapan pada masa ini. Kepada mereka yang sedang sakit, sarapan harus lebih awal iaitu sebelum pukul 6:30 pagi. Makan pagi sebelum 7:30am sangat berguna bagi mereka yang ingin kekal cergas. Mereka yang tidak sarapan, mereka harus mengubah kebiasaan mereka. Namun jika anda terlewat mengambil sarapan sehingga pukul 9am-10am sekalipun, itu masih lebih bagus daripada tidak bersarapan sama sekali. Tidur lewat dan bangun terlalu lambat akan mengganggu proses membuang bahan kimia yang tidak diperlukan dalam tubuh.

Tengah malam sampai 4am juga adalah waktu untuk sumsum tulang menghasilkan darah.

Oleh kerana itu, dapatkan tidur yang sempurna dan jangan tidur terlalu lewat. Harap kita sama2 berubah dan rajin bangon awal pagi.. so.. Jom kita buat peta kat bantal bucuk masing2!! haha ^_^

p/s:  artikel ni dipetik 100% dari Mr."Hah tachink la tu".. bak kata beliau "Sharing is Caring" lor.. =D

7 comments:

kiz said...

tapi kalau aku tidur lewat pun tetap bangun kul 5.30 pagi

adwafarahin said...

jgn tido lewat shezwan!

*nak jadi mama jap..hahah

anamizu said...

ha tgk tu..
ade 8 penyebab kerosakan hati..
ko nak ke hati ko rosak ha?
"jangan tido lambat shezwan!!"
jadi mak tiri kejap..hahahaha

combi said...

adeyhh...same ngn mak combi

cantekk said...

awal xleh tdo la..siyes

Shamsuddin Amin said...

ak pun slalu tdor lewat...
subuh mmg slalu missed... huhu
geng la kita ni...=P

kotak bulat said...

ala...rasa tak normal lah lau tido awal *boleh plak!*
:P

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...