Pages

Thursday, March 17, 2011

Wajarkah..???

    Dunia baru saja digemparkan dengan gempa bumi terburuk Jepun, pada skala 8.9 ritcher yang turut membawa tsunami sebesar 10 meter.  WOW!! gegaran paling kuat berbanding sebelum ni plalk..! lebih menyayat hati, Tsunami tersebut telah mengorbankan beratus-ratus orang dan menghanyutkan rumah, kapal dan kereta di sebelah timur laut negara itu pada jumaat yang lalu. Tapi syukur alhamdulillah apabila pelajar dan pelancong dari Malaysia telah selamat pulang ke Malaysia sebelum musibah 11 Mac berlaku.


   Tapi lebih menyedihkan lagi, bila ada akhbar yang menyiarkan berita mengenai musibah yang melanda negara matahari terbit tersebut dengan gambar yang sensitif. kononnya nak menunjukkan rasa simpati kepada negara tersebut. tak pernah terfikir ke penerbit ni time tengok gambar ni...??


bagaimana pendapat korang plak?? kalau anda mangsa ditempat kejadian kemudian dapat mengetahui negara lain menyiarkan gambar ini dalam akhbar. tak manyakitkan hati ke?? ni nak tunjuk rasa SIMPATI ke LAWAK?? kadang aku kecewa gak dengan akhbar yang siarkan benda ni. kalau nak ikotkan hati aku dah lama aku sound. nasib baik dorang bertindak cepat dan minta maaf.(padahal orang lain yang sound tak puas hati.. semangat je lebih aku ni X_X) ngee~~ tapi aku faham.. tak semua manusia perfect.. bila banyak kebaikan yang kita buat orang tak nampak, tapi bila ada 1 kesilapan or kejahatan yang kita buat bukan main orang nak perbesar-besarkan.

aku bukan suka-suka nak maki hamun just nak share and kasi buka mata orang yang baca ni(termasuk aku lor).. supaya takkan berulang lagi kesilapan ini. Insyaallah~~

ni ada beberapa gambar yang hampir sama dengan yang atas...





Pesan mama:   tak usah ler ko nak sambung study kat japun tu..(aku nak gak!!~~)




2 comments:

Izzy said...

wahahahahaa, kelakar siot otomen.

shezwan said...

sengal~~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...