Pages

Monday, March 21, 2011

my Cousin WEDDING..

Alhamdulillah.. akhirnya selesai udah majlis perkahwinan cousin kembar aku sorang ni.. adlei zubarek..
panggilan yang aku slalu panggil abang alang.. kembar dia lak abang uda.. tapi serius kalau 1st time korang tengok muka dorang berdua. memang susah nak bezakan. sampai aku pun da pening dah.. haha..
back to the topic.. this wedding pada aku nilah pasangan paling sweet skali yang aku pernah tengok. honestly.. jelez aku diwatnya. memang pandai betol abang alang aku pilih.. hehe..
sekarang aku nak share kenangan terindah abang alang aku ni kat korang semua..


12 march 2011(Sabtu)

time ni kami dari pihak pengantin laki berkonvoi dari Hotel Jerteh, Besut Terengganu(tempat kami wat tahi mata) ke masjid yang berdekatan untuk menjalani proses a'kad nikah mereka. masjidnya besar sungguh!! aku pun lupa apa nama masjidnya. tapi yang sedihnya leh lak ujan time tu.. huhu..

 setelah sampai dan memasuki masjid tersebut.. punyalah terkejut.. ramai betol orang nak bernikah dah.. siap beratur agi. nasib baik abang alang 1st. fuh~~


nilah pemberian cincin dari kedua-dua belah..

cian tok kadi ni sorang2 kena handle lafaz nikah dlm masjid tu.. 
setelah berjaya lafaz a'kad.. perjanjian ditandatangani..^^

solat sunat hajat dibuat sebelum memulakan proses batal air solat.

korang jangan fikir bukan-bukan.. maksud proses batal air sembahyang seperti sarung cincin, cium dahi dan sebagainya seperti dibawah..^^

akhirnya terikat sudah^^


dah selesai.. aku ngan mama aku pun snap2 r ngan coklat ni~~
 setelah selesai program a'kad nikah, kami pulang ke hotel untuk bersiap ke rumah pengantin perempuan. warna tema pengantin guna warna merah.. macam pendekar lak aku tengok si alang ni.. haha..

RUMAH PENGANTIN PEREMPUAN

majlis perkahwinan disini pada aku amat simple. tak ramai orang.. juz ajak keluarga-keluarga terdekat je.. pastu takda kompang and music.. simple kan?? maybe adat kahwin orang terengganu memang macam tu kot.. tapi takpe lah janji bersanding udah.. ngee..


hantaran dari pengantin lelaki

family dari pihak laki(aku lah jurukameranya X_X)

18 march 2011(JUMAAT)

Kali ini majlis perkahwinan kat belah lelaki plak.. majlis dibuat dalam dewan serbaguna kat taman melawati, Kuala Lumpur. Jemputan yang datang ramai sangat. dalam tiga angka lah gak. tema majlis time tu warna emas. disebabkan aku sefamily takda warna emas.. kitorang pun belilah 6 set.. da dapat baju raya baru.. haha..

dengan akak and sepupu..^^
majlinya mula 8.30malam.. time orang baru balik keje lak.. tapi nak wat macam mana.. orang yang menyewa dewan tu ramai.. terpaksalah wat time tu gak.. tapi alhamdulillah ramai datang dan majlis berjalan dengan lancar..

pengantin sampai.. sweet sgt dorg time ni..

abang alang dah posing kat aku da.. leh lak tershake camera ni.. sorry~~

maen suap-suap kek.. ^^

time paling best skali bila dapat jumpa semua saudara mara dari kampung.. seronok sangat.. pastu dapat jumpa anak buah yang kawaii lagi.. geram aku tengok alia ni~~

kawaiinya alia!!

saudara mara tersayang =D
yang penting abang alang.. my wish for you.. "Selamat Pengantin Baru" moga kekal ke anak cucu k.. kami menanti kat Pulau Redang nanti..^_^
#sorry.. video takleh nak upload da.. kena block.. gomennasai~~



pesan mama: kamu jangan kahwin lambat2.. nanti expired taknak orang nanti..(ja0h betul fikirnya.. aku baru 20 tahun..aiya~~)

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...