Pages

Monday, March 28, 2011

Mimpi NGERI..

malam tadi mimpi buruk yang sama berulang lagi. sampai aku terjaga kol 2 pagi tadi. terus aku susah nak tido. sudah hampir sebulan aku mimpi pasal kecelakaan yang menimpa sahabat-sahabatku ni. kerisauan aku makin menjadi-jadi. aku pun dah tak berapa pasti dengan keadaan sekarang ni. sedangkan sebelum ini aku lena dibuai mimpi yang mengarut-ngarut. fantasi bagai~~ ngee.. 


yang peliknya ada mimpi yang betul2 terjadi. beberapa minggu yang lepas sorang classmate aku excident sampai terlantar dihospital. sebiji dengan mimpi yang aku alami sebelum ini. maybe kebetulan. tapi kenapa mimpi aku macam ini?? sedangkan aku taw mimpi ni mainan tido. tanpa berfikir panjang aku mesej semua sahabat2 aku yang terlibat. setiap sorang aku tanya khabar.. 

"Korang OK ke? sehat?" setiap detik saat aku menunggu respon dengan penuh kerisauan..
beberapa minit kemudian.. alhamdulillah.. semuanya baik seperti biasa. lega hati rasanya. 
semua ceria2 gitu..hehe..=D

tapi masih banyak persoalan yang timbul dalam kepala otak aku yang kusut ni. tanpa membuang masa bermulalah jari-jemari aku menaip kata kunci "MIMPI" dalam internet yang luas ni. akhirnya terjumpa gak ada beberapa komen yang berkaitan dengan mimpi mengatakan..

...Tafsir mimpi menurut Islam: Imam Ibnu Sirin, dalam bukunya Tafsir Mimpi Menurut Islam, berkata:

Tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang terkandung didalamnya. Ada kalanya mimpi bagaikan angin lalu namun ada yang benar-benar menjadi kenyataan. Mimpi insan yang bertakwa merupakan perkhabaran yang akan berlaku, kerana Rasulullah tidak bermimpi melainkan mimpi baginda menjadi kenyataan. Sedangkan mimpi insan yang tidak beriman merupakan berita yang disebarkan oleh syaitan.

Menurut ahli-ahli ta'bir, mimpi ada TIGA jenis

1. Peristiwa yang menggembirakan yang benar yang terjadi setelah bermimpi, dan ini tidak memerlukan penafsiran. 

2. Mimpi yang batil (permainan syaitan) iaitu mimpi yang tidak dapat diperincikan oleh orang yang bermimpi. Ertinya orang yang bermimpi itu tidak sanggup mengingat tertib atau jalan cerita mimpi itu. Mimpi seperti ini dianggap batil dan tidak mempunyai sebarang makna (takwil). 

3. Keinginan nafsu. Mimpi seperti ini terjadi kerana pengaruh fikiran seseorang. Sesuatu yang dia lakukan atau dia khayalkan siang hari atau menjelang tidurnya selalu menjelma ketika tidurnya. 

Owh!!! baru ngerti kok.. maybe Allah saja nak menguji keimanan aku yang tak berapa kuat ni. or.. maybe aku terlalu rindukan sahabat2 aku ni sampai mimpi bukan2.. hehe.. aku bersyukur sangat2 diberi ujian macam ini. dan alhamdulillah dapat atasinya dengan izin Allah. arigatou!!^_^ 
yang penting honestly aku RINDU and SAYANG semua rakan-rakanku.. 

my song for my ever Friends.. "Best Friend by Kiroro" enjoy!!^^


Pesan mama:  bacalah bismillah sebanyak 21 kali sebelum tidur diikuti selawat ke atas jujungan Nabi Muhammad S.A.W. Insyaallah tuhan akan lindungi kita dari mimpi bukan2.

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...