Pages

Thursday, December 6, 2012

Aku Suka Dia ^_^



Assalamualaikum and Moshimosh ^_^


Entry kali ni saja nak semakkan dengan kesah cintan cintun aku.. haha!!

Today is my special day..
dapat dengar suara si dia..
Love that moment..
hanya aku dan dia..
currently enjoy the song..
Mekaseh awk.. takmo sedih-sedih lagi ye =D


Just for you dear.. <3




Aku lihat dia disana
Aku ingin mendekatinya
Aku cuba menghampirinya
Lalu aku menyapa dia

Dia pun membuka bicara
Dan aku mulai mengenalnya
Kita mulai bermain mata
Mula timbul rasa bahagia

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Kekadang hati ku bertanya
Adakah dia dah berpunya
Kerana diriku berasa
Aku jatuh hati padanya

Aku ingin memilikinya
Aku ingin menjaga dia
Aku ingin mencinta dia
Aku ingin hidup dengannya

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Mungkinkah aku, kan berjumpa dengannya
Untuk meluahkan rasa
Mungkinkah aku, kan berdiam diri saja
Menunggu cinta darinya

Ku terima satu nota darimu
Yang tertulis ‘Aku suka kamu’

Bila dia, mendekati diriku
Hatiku rasa sesuatu
Bila dia, senyum pada diriku
Hatiku rasa tak menentu

Akhirnya kini ku kan mampu ceria
Diriku sangat gembira
Akhirnya kini, aku mulai bahagia
Menerima cinta darinya

Aku suka dia...


p/s: Milikilah sebuah hati yang tak pernah membenci, sebuah senyuman yang tak pernah pudar, sebuah ucapan yang tak pernah menyakiti dan sebuah perhubungan yang tak pernah berakhir.. =)



Wednesday, September 5, 2012

Long Ride beraya PART 2!!

Assalamulaikum dan Moshimosh.. ^_^


Haa.. sekarang aku nak sambung balik cerita entry "Long Ride beraya Utara beb!!".. Sebelum ni aku menggebang cerita perjalanan aku kat area Perak kan?? Laa ni aku nak berkongsi dengan korang semua bagaimana perjalanan aku ke area Pulau Pinang dan Kedah lak.. Maybe ni entry yang terpanjang aku pernah buat dan berharap readers banyakkan bersabar ye baca entry aku ni nanti.. hehe ^_^


Ok! kita refresh balik ye.. Pada hari Khamis "30 Ogos 2012" aku bergerak dari Gerik tepat jam 9.30 malam nak ke Bagan Serai rider seorang diri.. Tup Tap dah sampai Bagan Serai dalam pukul 12 tengah malam.. Aku pun terus bermalam dirumah Arif Syahmie disana.. Perjalanan aku dari Gerik masa tu agak bahaya sebenarnya sebab dalam keadaan gelap gelita plus jalannya bersebelahan dengan hutan yang dipenuhi dengan binatang liar.. Nasihat dari aku.. kalau nak berjalan jauh jangan lah gerak sorang2 ye.. macam-macam leh berlaku cik abang akak oii.. T^T

Sesudah sampai rumah Arep.. aku terus urus diri aku yang tak berapa terurus pada masa tu.. siap mandi solat bagai aku terus membongkang diatas tilam dan bantal yang empuk.. Mekaseh ye Arep sebab sediakan tempat tido yang selesa untuk aku.. Kalau tak.. aku tak tahu nak bermalam kat mana tau.. =) Untuk keesokan harinya sila klik "Sini! Sini!" macam biasa kat kiri bawah ni ye.. Enjoy reading ^_^

Monday, September 3, 2012

Long Ride beraya utara beb!!


Assalamualaikum dan moshimosh readers ^_^


Alhamdulillah dapat gak aku curi masa nak update blog ni.. Almaklumlah beraya sakan sampai lupa dunia maya ni.. haha XD Sebenarnya aku ni baru je sampai rumah sabtu lepas.. nak tau aku gi mana?? Semestinya lah aku gi beraya.. tapi raya tahun ni lain sikit.. aku beranikan diri gi merempit solo ke UTARA.. serious penat beb!! memang totally exhausted la bila sampai rumah.. sampai pening plus demam bagai.. tapi honestly memang enjoy sangat-sangat dapat berjalan jauh beraya rumah membe-membe.. h0h0..

Rider Sejati! haha XD

Actually plan nak beraya ni aku terfikir last minit.. 2 hari sebelum.. pada mulanya memang mustahil aku nak gerak sorang.. tapi Alhamdulillah disebabkan aku dah tekad nak jumpa dorang.. aku plan betol2 sampai la jadi.. aku prepare bajet dalam RM200 paling maximum untuk long journey kali ni.. dan mengambil masa dalam 3 hari 2 malam gi beraya.. itu kalau ikot perancangan awal la.. tapi Allah dah permudahkan lagi plan aku.. aku hanya guna RM120 je untuk minyak motor.. makan minum confirm la tak guna duit.. gi beraya plak kan.. dan dengan bantuan GPS aku hanya ambil masa 4 hari 3 malam je.. makin lama plak kan.. haha.. tapi aku syukur sangat-sangat semua berjalan dengan lancar..

Perjalanan aku bermula dari area Perak dalam 3 4 rumah.. then the next day pi seberang jambatan.. Pulau Pinang der.. haha.. pastu diteruskan ke utara area Kedah dalam 4 5 rumah camtu.. Lastly terus merempit ke Ipoh ada sedara aku kawen.. nak tau lebih detail rumah kat mana aku beraya? berapa km jaoh aku gi? siapa yang aku jumpa?? macam biasa sila tekan "SINI! SINI!" belah kiri bawah untuk explore ye.. Enjoy reading =)  

Thursday, August 16, 2012

Surat Cinta untuk mu!



Assalamualaikum dan Ohaiyou.. ^_^


Posto! Posto! ada surat cinta untuk anda.. dan pengirim tersebut kirim salam rindu pada anda.. Haha.. Sweetkan?? So.. Aku teringin nak share dengan korang pasal surat ni.. Aku "Copy & Paste" bulat kat artikel yang aku baca tadi sebab aku tak sanggup nak simpan tanpa forward kat korang surat ni.. Aku yakin surat ini akan membuat anda benar-benar berfikir.. Sebenarnya surat ini hampir membuatku gila saat aku membacanya, tapi aku kena forwardkan gak kerana catatan kecil dibawahnya.. renung-renungkan dan selamat membaca ye.. =)



Wednesday, August 15, 2012

Header yang simple?


Assalamualaikum dan m0shim0sh..^_^


Hari ni tetiba terniat nak mencuba buat header blog kesayangan aku ni..(sayang lah sangat.. nampak sangat selalu berhabuk~~) Alhamdulillah.. Setelah sekian lama.. hampir setahun lebih baru aku dapat hasilkan header dengan hasil aku sendiri.. haha (bangga2!! XD) tapi simple-simple je.. aku tak ada la pro sangat guna Adobe Photoshop ni.. Adoiyai..


Simple je kan? tapi not bad gak la untuk newbie macam aku ni.. (shez memang perasan lebih!) Aku ambil dalam 2 jam nak hasilkan header ni.. penat plus menyirap wei.. seriously memang dugaan bulan puasa ni.. Alhamdulillah tiada carut-carutan berlaku pada masa tersebut.. 

Bila terfikir balik terasa lak macam ketinggalan sangat aku ni.. orang lain dah 180km/hr.. aku baru nak start enjin.. wakakakaka XD tapi tak salah kan? sebab Ilmu meluas dan teramat banyak.. kita je yang kena rajin mencari.. Tiada istilah noktah dalam ilmu tau.. haha..


"Dah alang-alang menyelup pekasam, biarlah ke pangkal lengan".. nampak gaya gitu ler citernya.. InsyaAllah sebelum menjelang Syawal.. Aku nak hias cantik-cantik rumah maya aku ni.. so the next entry terpaksa la ditangguhkan buat sementara waktu.. jangan marah la der.. nanti cepat TUA.. haha.. Papehal mohon ampun dan maaf sekiranya ada salah dan silap ye.. Zakat jangan lupa pula.. keh3.. Selamat Berpuasa semua ^_^


#Peringatan bersama:
Kita masih lagi dalam fasa ketiga bulan Ramadhan.. guna lah baki yang diberikan ni dengan sebaik-baiknya supaya dapat bertemu dengan malam Lailatulqadar.. InsyaAllah.. sama-samalah kita berusaha dan hayati ye.. Wassalamualaikum =D 

Wednesday, August 8, 2012

Jangan 24 Perkara!


Assalamualaikum dan moshimosh.. ^_^


Hai sahabat-sahabat!! makin sehat tak? harap-harap readers makin sehat plus kawaii ye.. haha.. (jangan nak perasan la ye korang2.. aku la yang kawaii tu.. keh3 =P) Entry kali ini simple-simple je.. Sebagai kembalinya aku merajinkan diri dalam dunia blog ni.. aku ingin berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai 24 perkara yang tidak patut lakukan... yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri dalam bulan Ramadhan yang mulia ini..



"tunjukkanlah kami kejalan yang lurus"
(surah Al-Fatihah ayat ke 6)


Pertama:
Jangan melengah-lengahkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh Allah s.w.t.

Kedua:
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.

Ketiga:
Jangan makan atau minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Hukumnya makruh kerana ianya membahayakan.

Keempat:
Jangan membiarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Hukumnya pun makruh dan mewarisi kepapaan.

Kelima:
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (sebab Allah membuka pintu berkat pada waktu pagi.)

Keenam:
Jangan makan tanpa membaca basmAllah dan doa makan.

Ketujuh:
Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.

Kelapan:
Jangan amalkan memakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Hukumnya makruh dan mewarisi kepapaan.

Kesembilan:
Jangan biar mata meliar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.

Kesepuluh:
Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.

Kesebelas:
Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.

Keduabelas:
Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang ternyata kita yang bersalah.

Ketigabelas:
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..

Keempatbelas:
Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita.. Nanti sombong bila berjaya... dan kecewa pula bila gagal.

Kelimabelas:
Jangan bakhil untuk bersedekah... Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.

Keenambelas:
Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.

Ketujuhbelas:
Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita. 


Kelapanbelas:
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.

Kesembilanbelas:
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia... Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya... Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.

Keduapuluh:
Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.

Keduapuluhsatu:
Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.

Keduapuluhdua:
Jangan lupa membaca BasmAllah dan salam ketika masuk ke dalam rumah.

Keduapuluhtiga:
Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal.. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal... bukan kepadaNYA.

Keduapuluhempat:
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan... sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui... 



#Nota kaki: 
Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg. buruk itu dari hambanya juga... Wallahuallam...^_^


**Target Ramadhan tahun ni.. khatam Al-Quran dan hidupkan malam 10 yang terakhir.. Malam ni malam ke 20 aw.. InsyaAllah =D

Thursday, May 31, 2012

Zaman kehingusan DEM1A


Assalamualaikum and M0shim0sh minna ^_^


Ohohoi!! dah hampir sebulan aku meninggalkan Behrang.. apalah khabar berita sahabat-sahabat aku yang masih berjuang kat sana. Hopefully diorang 
(esp Sahar Aliff, Ariif Syahmi & Azif) baik-baik saja.. Dont giveup k! Gambatte kudasaine!! =) ngee~~ 

Bila terfikir Behrang tiba-tiba aku teringat zaman kehingusan aku dulu-dulu masa aku "first time" jejak kaki di Behrang, Perak Darul Ridzwan.. Macam-macam perkara berlaku.. standardlah baru nak merasa dunia baru (Dunia IPT).. Perasaan gelabah, malu, takut, kabut semuanya menghantui diri aku masa tu.. tapi dalam keadaan begitu aku rasa bertuah, bangga dan excited sangat-sangat!! itulah pengalaman yang aku takkan lupa sampai bila-bila.. Bak kata "kamal" dalam video masa minggu Orientasi.. "Segalanya Bermula Disini"!! haha.. klakar plak bila aku teringat balik video tu.. tapi memang kena pun dengan situasi aku.. 
(maybe classmate aku pun dapat merasakannya gak).. 

Segalanya bermula di DEM1A (^_^)


# sila tekan "SINI-SINI" yang warna hijau disebelah bawah kiri ni untuk explore dengan lebih detail about our history.. enjoy reading =D

Thursday, May 24, 2012

At last!! First entry for year 2012 ^_^


Assalamualaikum and M0shim0sh!!



Hai semua!! Genkidesuka?? ^_^ harap readers sentiasa ceria dimana jua.. HAHA! setelah sekian lama dapat juga aku update.. Sudah cukup-cukup sudah aku berdiam diri.. segala kesibukan dan alasan dah tak leh pakai lagi lepas ini.. Aku dah freedom dan menunggu masa untuk berPESTA, menternak LEMAK dan meMALASkan diri dirumah terCHENTA.. hahahaha (gelak sengal~~) so.. nak prevent aku daripada malas sepenuh masa aku kembali ke hobi lama ku dan teruskan "career"ku sebagai seorang blogger yang disegani plus hensem.. hahaha XD 
(dah lama aku tak perasan lebih dan SHOK sendiri dalam blog ini.. ngee~~)

Cerita pasal ketiadaan aku sebelum ni memang tak cukup lah tenaga aku nak menaip ni haa.. So aku jump to conclusion je lah.. Selama ni aku menyebukkan diri nak settlekan satu tangga untuk mencapai impian aku menjejakkan kaki ke NIHON dan cita-cita aku menjadi seorang ENGINEER.. Alhamdulillah dengan berkat doa dan support dri family, sahabat handai, lecturer dan soulmate.. aku berjaya melayakkan diri aku untuk memegang segulung "Diploma in Mechatronic Engineering" masa konvo nanti.. Syukur ke hadrat illahi dengan berkat usaha aku selama 3 tahun bersama sahabat-sahabat DEM A (esp my soulmate^_^) tidak sia-sia.. 


result sem 6 (bukan main susah nak dapat server.. adoi~~)

Walaupun result tak seGEMPAK mana.. aku tetap berbangga sebab pointer sem kali ni dapat meningkat dengan mendadak.. Syukur sangat dan hontoni Arigatou Gozaimasu minna!! =D kepada yang lulus aku ucapkan tahniah dan kepada yang tidak kesampaian.. sabar dan jangan giveup ye.. teruskan usaha sebab gagal sekali bukan gagal untuk selama-lamanya.. so chill up and always move forward k!! ngee =)

Aku rasa cukup! sampai sini je opening kita untuk entry kali ini.. malas nak wat panjang-panjang.. line lembab macam cipan.. haha.. anyway untuk entry akan datang aku akan buat khas untuk warga-warga DEM A (PSAS).. segala kenangan kita bersama akan aku bongkarkan di blog ini.. so nantikan ye readers.. "I'll share all my experience, knowledge, feelings and other information in this blog.." Jaa matta ne and Happy Holiday ^_^

p/s: disebabkan ni 1st entry untuk tahun 2012.. aku nak share lagu ni untuk korg.. so.. Jom kita berfiesta!! wee.. (mood nak konvo cepat2!!) hehe ^_^

ENJOY!! 


fiesta by +plus (opening fairy tail)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...