Assalamualaikum dan moshimosh.. ^_^
Hai sahabat-sahabat!! makin sehat tak? harap-harap readers makin sehat plus kawaii ye.. haha.. (jangan nak perasan la ye korang2.. aku la yang kawaii tu.. keh3 =P) Entry kali ini simple-simple je.. Sebagai kembalinya aku merajinkan diri dalam dunia blog ni.. aku ingin berkongsi dengan pembaca sekalian mengenai 24 perkara yang tidak patut lakukan... yang seharusnya kita ambil iktibar supaya kita dapat memuhasabah diri sendiri dalam bulan Ramadhan yang mulia ini..
"tunjukkanlah kami kejalan yang lurus" (surah Al-Fatihah ayat ke 6) |
Pertama:
Jangan melengah-lengahkan solat. Perbuatan ini tidak disukai oleh Allah s.w.t.
Kedua:
Jangan masuk ke bilik air tanpa memakai alas kaki(selipar). Dikhuatiri terbawa keluar najis dan mengotori seluruh rumah kita.
Ketiga:
Jangan makan atau minum dalam bekas yang pecah atau sumbing. Hukumnya makruh kerana ianya membahayakan.
Keempat:
Jangan membiarkan pinggan mangkuk yang telah digunakan tidak berbasuh. Hukumnya pun makruh dan mewarisi kepapaan.
Kelima:
Jangan tidur selepas solat Subuh, nanti rezeki mahal (sebab Allah membuka pintu berkat pada waktu pagi.)
Keenam:
Jangan makan tanpa membaca basmAllah dan doa makan.
Ketujuh:
Jangan keluar rumah tanpa niat membuat kebajikan atau kebaikan. Takut-takut mati dalam perjalanan.
Kelapan:
Jangan amalkan memakai kasut atau selipar yang berlainan pasangan. Hukumnya makruh dan mewarisi kepapaan.
Kesembilan:
Jangan biar mata meliar di perjalanan. Nanti hati kita gelap diselaputi dosa.
Kesepuluh:
Jangan bergaul bebas ditempat kerja. Banyak buruk dari baiknya.
Kesebelas:
Jangan menangguhkan taubat bila berbuat dosa kerana mati boleh datang bila-bila masa.
Keduabelas:
Jangan ego untuk meminta maaf kepada kedua ibubapa dan sesama manusia kalau memang ternyata kita yang bersalah.
Ketigabelas:
Jangan mengumpat sesama rakan taulan. Nanti rosak silaturrahim..
Keempatbelas:
Jangan lupa bergantung harap hanya kepada ALLAH s.w.t dalam setiap kerja kita.. Nanti sombong bila berjaya... dan kecewa pula bila gagal.
Kelimabelas:
Jangan bakhil untuk bersedekah... Sedekah itu memanjangkan umur dan memurahkan rezeki kita.
Keenambelas:
Jangan banyak ketawa nanti mati jiwa.
Ketujuhbelas:
Jangan biasakan berbohong kerana ia adalah ciri-ciri munafik dan menghilangkan kasih sayang orang kepada kita.
Keduapuluhempat:
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan... sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui...
Kelapanbelas:
Jangan suka menganiaya manusia atau haiwan kerana doa makhluk yg. teraniaya cepat dimakbulkan ALLAH s.w.t.
Kesembilanbelas:
Jangan terlalu susah hati dengan urusan dunia... Akhirat itu lebih utama dan kekal selamanya... Carilah kehidupan dunia untuk akhirat.
Keduapuluh:
Jangan duduk dalam bilik air terlalu lama kerana disitulah tempat tinggal jin kafir dan syaitan.
Keduapuluhsatu:
Jangan merokok dan memasang kemenyan kerana asap itu adalah makanan jin.
Keduapuluhdua:
Jangan lupa membaca BasmAllah dan salam ketika masuk ke dalam rumah.
Keduapuluhtiga:
Jangan memakai tangkal kerana ALLAH s.w.t tidak sempurnakan agama seseorang itu jika memakai tangkal.. Ini adalah kerana dikhuatiri kita bergantung kepada tangkal... bukan kepadaNYA.
Keduapuluhempat:
Jangan mempertikaikan kenapa ISLAM itu berkata jangan... sebab semuanya untuk kebaikan dan sesungguhnya ALLAH s.w.t itu lebih mengetahui...
#Nota kaki:
Yang baik itu adalah dari ALLAH s.w.t dan yg. buruk itu dari hambanya juga... Wallahuallam...^_^
**Target Ramadhan tahun ni.. khatam Al-Quran dan hidupkan malam 10 yang terakhir.. Malam ni malam ke 20 aw.. InsyaAllah =D
No comments:
Post a Comment