Pages

Wednesday, September 5, 2012

Long Ride beraya PART 2!!

Assalamulaikum dan Moshimosh.. ^_^


Haa.. sekarang aku nak sambung balik cerita entry "Long Ride beraya Utara beb!!".. Sebelum ni aku menggebang cerita perjalanan aku kat area Perak kan?? Laa ni aku nak berkongsi dengan korang semua bagaimana perjalanan aku ke area Pulau Pinang dan Kedah lak.. Maybe ni entry yang terpanjang aku pernah buat dan berharap readers banyakkan bersabar ye baca entry aku ni nanti.. hehe ^_^


Ok! kita refresh balik ye.. Pada hari Khamis "30 Ogos 2012" aku bergerak dari Gerik tepat jam 9.30 malam nak ke Bagan Serai rider seorang diri.. Tup Tap dah sampai Bagan Serai dalam pukul 12 tengah malam.. Aku pun terus bermalam dirumah Arif Syahmie disana.. Perjalanan aku dari Gerik masa tu agak bahaya sebenarnya sebab dalam keadaan gelap gelita plus jalannya bersebelahan dengan hutan yang dipenuhi dengan binatang liar.. Nasihat dari aku.. kalau nak berjalan jauh jangan lah gerak sorang2 ye.. macam-macam leh berlaku cik abang akak oii.. T^T

Sesudah sampai rumah Arep.. aku terus urus diri aku yang tak berapa terurus pada masa tu.. siap mandi solat bagai aku terus membongkang diatas tilam dan bantal yang empuk.. Mekaseh ye Arep sebab sediakan tempat tido yang selesa untuk aku.. Kalau tak.. aku tak tahu nak bermalam kat mana tau.. =) Untuk keesokan harinya sila klik "Sini! Sini!" macam biasa kat kiri bawah ni ye.. Enjoy reading ^_^


ni lah rumah Arif Syahmie kat
Bagan Serai Perak
Sebenarnya Arep baru je berpindah.. So ni rumah baru beliau lah.. kepada sesiapa nak datang rumah beliau senang je nak cari.. Kalau dari highway Utara Selatan.. Korang masuk simpang nak ke Taiping Kemunting.. Then lepas tol ada simpang traffic light.. belok kiri dan terus je sampai stesyen minyak Petronas Bagan Serai.. Rumah beliau betul-betul berhadapan dengan Petronas.. senang kan?? haha XD saja je nak promot rumah ko Arep.. Sorry ler.. ngeh3 =P

Keesokan harinya.. hari Jumaat "31 Ogos 2012".. Aku dah prepare untuk jelajah ke Penang dengan Arep membonceng di belakang ku.. haha.. Kami bertolak jam 9 pagi dari rumah beliau sebab kami dah berjanji nak berkonvoi sekali dengan seorang mamat ni dari tol Jambatan Pulau Pinang.. Mamat ni dari Pendang.. Nanti aku perkenalkan kat korang ye.. Kita straight to the point dulu.. Rumah kali ni kat Jelutong, Penang.. kiranya ni dah termasuk rumah yang ke 6 aku beraya.. kalau dari behrang la.. haha XD

ni lah rumah ke 6.. rumah Hizrian
kat Jelutong, Penang
Haa.. mamat yang berkopiah tu la asal dari Pendang.. namanya Bukhari Baharuddin a.k.a "kori kun".. Owner rumah yang kitorang gi beraya ni plak yang pakai baju biru ni haa.. Dia ni lah Hizrian dan panggilan manja yang kami selalu panggil yanyanyun.. sakai kan kami ni?? haha XD Rumah dia susah nak cari tapi senang bagi sesiapa yang dok Penang kot.. 

Rumah dia dalam area kampung di tengah-tengah bandar.. Acaner tu?? Pandai-pandai la kome nak bayang ye.. Best gak lah rumah dia.. Ala-ala kampung.. siap bela kucing comel-comel gitu.. geram aku tengok dengan bulu lebat plak.. Adoiyai~~ macam biasa makan berat la kami kat rumah beliau.. menu nasi Padang.. sangat sedap dan rugi beb takdapat rasa.. Family dia memang berniaga buat nasi Padang ni.. So siapa nak tempah leh la tempah kat yanyanyun ni.. hehehe ^_^

Setelah selesai melepak sampai lepas solat Jumaat dirumah beliau.. kami teruskan perjalanan ke rumah Raes Farok yang berdekatan gak dengan rumah beliau.. tapi malangnya tak dapat nak ziarah rumah beliau sebab dia sendiri pun nak keluar beraya sekali.. Then apa lagi.. Kami pun ajak Raes dan Yan konvoi skali gi beraya kat Batu Kawan plak.. rumah si Reduan.. So.. total yang join konvoi kami masa tu dah jadi 6 orang.. Memang enjoy sangat-sangat bila konvoi ramai-ramai.. =)

belah kiri ni lah insan yang bernama Reduan
(lokasi rumah aku lor^^)
Rumah Reduan ni memang aku dah rancang dan dijadikan wajib untuk disinggah sebab masa raya ke lima kalau tak silap aku.. si Reduan ni sanggup datang jauh-jauh nak beraya dan menginap kat rumah aku ni haa.. So.. dah alang-alang aku gerak utara.. aku singgah la di rumah beliau kat Batu Kawan, Kedah.. 

ni lah muka-muka abang hensem yang
join skaki gi beraya..
(lokasi rumah Reduan)
Agak dalam gak lah nak ke rumah beliau.. sampai aku tak ingat lorong mana nak mencelah.. So.. lepas ni kene call dan tunggu ko kat tempat biasa lah ye Reduan.. Gomennasai!! hehe.. Kesian kat Reduan ni.. lama tunggu kami nak datang.. Kami janji nak datang lepas solat Jumaat.. sampai-sampai je dah Asar.. Habis sejuk lauk pauk yang dihidang kan.. Maaf zahir batin la ye.. InsyaAllah lepas ni kami akan on time... 

Setelah selesai menggemokkan diri.. Kami ni pun nak beransur.. nak teruskan beraya kerumah yang ke lapan plak.. tapi sebelum tu geng Penang lak tak leh nak follow.. katanya ada hal plak petang tu.. So.. tinggal berempat je la kami ni.. Aku, Kori, Arep dengan Reduan.. Dah siap salam, cium peluk bagai kami teruskan perjalanan ke Permatang Pasir,Permatang Pauh.. Rumah classmate aku si Farhanah Shamsudin..

sampai pun rumah ke 8 kat Permatang Pasir
(rumah Farhanah Shamsudin)
Kali ni Reduan yang lead konvoi kami sebab dia je yang tahu selok belok nak ke Permatang Pasir ni.. Ambil masa sejam jugak lah nak sampai rumah beliau.. aku pun tak terhafal jalannya sebab jalan dalam kan.. memang confirm lah tak terhafal.. Kami sampai rumah dia dalam kol 6 petang camtu.. cepat sangat masa berlalu.. padahal baru berapa rumah.. memang lain dari yang dirancang.. tapi tak pa.. aku pun dah set dalam kepala otak aku yang kita beraya rumah mana yang sempat je lah.. 

Dirumah Farhanah kami dihidangkan dengan bihun sup lagi.. wah.. memang makan berat memanjang lah aku hari tu.. T^T tapi takpe.. aku melahab gak.. buat pe aku kesah dah alang-alang aku gemok.. aku pun menambah ler.. membe-membe aku sume geleng-geleng kepala.. tapi seriously semua makanan kat rumah korang memang terbaik.. perut aku pun gembira ja.. haha.. Tepat jam 6.30 petang.. macam biasa kami pun beransur nak kejar masa gi merempit ke Alor Setar plak.. tapi kali ni kami kembali konvoi bertiga ja sebab si Reduan pun ada hal pada malam tersebut.. Kami pun teruskan perjalanan dengan 2 jentera je..

Rumah ke 9 kat Alor Setar Kedah
(rumah si syafiqa ler)
 Guess what?? Masa perjalanan nak tembus dari Permatang Pasir ke Highway Utara Selatan.. SubhanAllah.. straight je jalannya.. dekat plak tu dengan rumah farhanah.. kalau aku tahu dah lama aku ikut Highway.. jimat masa sikit.. adoi~~ my mistake.. kena la belajar dari pengajaran.. tu la Shez tak manage betol2.. Adoiyai.. 

haa.. rumah seterusnya plak kat rumah ieka kat Alor Setar.. boleh tahan jauh la juga dari simpang sg Dua, Highway Utara Selatan.. dalam 2 jam camtu gak la.. lagipun kami bawa 80-100km/hr je.. sebab cuaca pun dah malam kan.. bahaya bawa laju2.. tapi memang enjoy sangat2 masa dalam perjalanan nak ke Alor Setar.. kiri kanan semua sawah padi.. tapi sekejap je laa sebab dah malam semua gelap.. adeyh~~ 

Staight to the point.. tup tap kami sampai rumah si ieka ni dalam kol 9 malam lebih.. senang gak nak ke rumah dia.. kalau dari highway Utara Selatan kita kena ambil exit nak ke Alor Setar Langgar.. pastu belok kiri dan terus sampat traffic light lepas Giant.. Then turn left terus lagi sampai nampak sekolah tinggi2.. rumahnya dalam taman betol2 berhadapan dengan sekolah tersebut.. senang kan?? haha XD macam biasa kami dihidangkan dengan makanan berat lagi.. Padan Muka ko Shezwan!! pasneh kena fitup balik badan aku ni.. ngeee~~ 

Rumah ke 10.. Pendang Kedah
(rumah Bukhari Baharuddin)
Then the last house kami turun balik ke Pendang lak.. rumah si kori kun..^_^ Jam dah menunjukkan pukul 10 malam.. Adoi~~ masih nak beraya lagi ka shezwan oii.. si kori pun berkata.. "takpe datang je.. nanti leh rehat2kan badan sekejap sebelum balik Bagan Serai.." Aku kena bermalam kat Bagan Serai balik sebab keesokan harinya aku kena ke Ipoh manakala si Arep lak ada klas memandu.. masing2 nak kena rushing balik.. So.. kami pun dah fikir masak2.. nak singgah rumah kori dulu.. lagipun bukan selalu nak turun Pendang kan.. 1st time wei sampai sana.. Memang sangat seronok suasana nak ke rumahnya.. rasa macam nak duk situ lama2 lak.. tapi malangnya dah malam.. gelap gelita tak nampak apa2.. adeyh~~

Rumah si kori ni pun senang nak cari gak tapi kalau dari highway Utara Selatan je la.. kalo nak ke dalam sikit kene roger la mamat kori ni.. hehe.. tapi nasihat aku better datang siang2 lah ye.. baru nampak suasananya macam mana.. lapang.. nyaman dan macam2 lagi lah.. kita sendiri kena dapatkan experience gi sana baru dapat feel.. anyway thanks dan sorry ye dtg rumah ko tengah-tengah malam.. siap tolong service motor aku lagi.. domo arigatou ne!! ^_^ tepat jam 12.30 malam kami pun merempit pulang ke bagan serai.. dengan 1 jentera.. berkelajuan 120km/hr dan keatas.. katil dah memanggil lak.. haha XD Kami pun selamat sampai 2 jam berikutnya.. Sampai je siap urus diri mandi solat bagai.. terus je tumbang mengangkang sambil dengkor kepenatan.. sampai la labuh subuh aku keesokan harinya.. Adoiyai =_="

Begitulah kesah perjalanan aku selama 4 hari 3 malam beraya ke utara.. banyak pengalaman dan kenangan manis aku dapat dalam tempoh yang lama tu.. Alhamdulillah segala perancangan berjalan dengan lancar dan selamat pulang ke rumah.. Terima Kasih kepada semua membe2 yang sudi menyambut kedatangan aku dan melayan aku 5 star dengan hidangan yang lazat2.. Aku sangat gembira dapat jumpa korang semua.. InsyaAllah sekiranya tiada aral melintang akan ku singgahi rumah kalian.. yang penting jangan lupa hubungan persahabatan yang kita telah jalinkan bersama.. harap kekal dunia akhirat ye.. Amin ya Rab.. nanti nak kahwin jangan lupa jemput insan yang bernama Mohamed Shezwan ni ye.. Kirimkan salam dan ucapkan terima kasih pada keluarga.. Moga kita berjumpa lagi.. kalau singgah klang HELLO2!! sama gua ya.. sebab aku tahu korang akan sesat.. hahaa ^_^ 


p/s: memang betol.. "Makin Jauh Perjalanan.. Makin Luas Pemandangan.. Makin Banyak Pengalaman" Lets Rock & Ride!! =)

1 comment:

fiQRa said...

terbaek lah. jelajah malaysia ke ni? hehe, seronok tengok ukhuwah korang. moga kekal hingga jannah ya, amin ;)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...