Pages

Sunday, September 22, 2013

Rendang tak Berbuah


Assalamualaikum and おはようございます



Islam umpama sebuah pohon yang cantik..
Pohon cantik yang disertai buah..
buah itulah akhlak..

Tanpa buah..
Pohon itu tak menarik hati pada pandangan pertama..
(melainkan dia mencari dan mengkaji)
Jika pemiliknya tidak menjaga pohon itu (agamanya) sehingga berbuah..
Bagaimana untuk "menarik perhatian" insan yang tidak mengenali pohon ini...

Selamat menikmati santapan di pagi Ahad yang tenang.. ^_^


p/s: Hargai mereka yang menghargai kita dan sayangi mereka yang menyayangi kita.. Seringkali kita abaikan mereka yang sedia ada untuk mengejar perhatian orang lain..
# ibu.. ayah.. Sesungguhnya anakmu ini sangat merinduimu..  =')

  

Thursday, August 8, 2013

Salam Eid Mubarak 1434H


Assalamualaikum おはよう みんな ^_^



Alhamdulillah dengan kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT dalam memberi ruang untuk saya mengepost entry baru di pagi raya yang mulia ini.. ngee~~ Hari ini 1 Syawal 1434H bersamaan 8 Ogos 2013 Masihi (hari Khamis).. Dengan ini saya mewakili keluarga Mohamed Shokri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua saudara mara seIslam dan yang mengenali diri kami ini.. Kami ingin meminta ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap antara kita bersama selama ini.. Segala kekurangan dalam diri kami haraplah diampuni ye.. Selain itu Halalkan lah segala makan, minum dan ilmu yang diberi selama ini k..

Dengan peluang yang diberi ingin saya berkongsi serba sedikit perkara sunnah dan perkara sunat yang kita boleh amalkan pada hari raya yang mulia ni..
  1. Jangan lupa makan sebelum pergi Solat Raya
  2. Memakai pakaian yang baru di pagi raya
  3. Berjalan kaki dari rumah ke Masjid
  4. Bertakbir, bertahlil raya berterusan sampai solat sunat hari raya
  5. Bersalam salaman dengan saudara seIslam yang lain.
  6. Pulang berjalan kaki dengan melalui jalan yang berbeza.
  7. Sebaik-baik ucapan salam raya sesama kita "taqaballahu minna wa minkum".  
In Shaa Allah diharap perkongsian ini dapat membantu serba sedikit dalam menyambut hari kemenangan kita selama sebulan menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadhan sebelum ini.. Kepada sesiapa yang balik kampung pagi ini, berhati-hati dijalan raya ye, ingatlah orang yang tersayang dan semoga sampai ke destinasi..


akhir kata : 


"TAHNIAH!! 
SELAMAT BERGRADUASI DARI UNIVERSITI RAMADHAN 
AL - MUBARAK ^_^" 


Wednesday, July 31, 2013

Bukan HAK kita!


Assalamualaikum こんにちわ みんな ^_^


Syukur Alhamdulillah, pada hari ini dah masuk hari ke22 dalam bulan Ramadhan kita masih lagi dikurniakan peluang untuk hidup, untuk menikmati kehidupan di dunia ini. Fikir-fikirkanlah untuk apa kita hidup kerana kadang-kadang ianya dapat memotivasikan hidu kita agar lebih bersemangat menjalani hari dalam bulan yang mulia ini. In Shaa Allah.

"Jangan mengeji mereka yang ingin berubah"

Mungkin ada sesetengah pihak yang berkata, "dulu JAHAT, sekarang ada hati nak buat baik", ada juga yang berkata "jangan jadikan agama untuk MENUTUP kesilapan atau kesalahan yang lalu" dan macam-macam lagi pandangan negatif sesetengah masyarakat pada masa kini terhadap mereka yang berniat untuk berubah ini. Situasi seperti ini sebenarnya tidak seharusnya berlaku.. Hal ini kerana jangan kita lupa.. Siapakah yang membuatkan seseorang itu ingin berubah? Allah SWT bukan?? hatta diri kita sendiri pun perlu berubah, cuma hidayah yang dikurniakan itu antara sampai atau tidak je pada kita ni. Kalau nak menunggu hidayah sampai.. bak kata masyarakat akhir zaman "Belum sampai SERU lagi" memang takkan sampai ler hidayahnya.. Justeru, kita seharusnya lebih lagi mendekatkan diri kepada Allah SWT untuk memperolehi hidayah dan keredhaan dariNya..


Jangan pernah sesekali kita bersikap negatif terhadap mereka yang ingin berubah ini. Bukan HAK kita menjatuhkan hukuman sesuka hati kepada mereka.. sedangkan mereka yang ingin berubah ini boleh jadi lebih baik daripada mereka yang hanya tahu berbicara dan merasakan dirinya sentiasa benar dan betul tanpa mengambil inisiatif untuk memperbetulkan kesilapan mereka sendiri.. Mereka yang pernah melakukan kesilapan besar yang mungkin kelihatan dimata anda itu adalah satu ujian dariNya.. Ujian buat mereka yang melaluinya dan yang melihatnya. Jangan pernah mengatakan diri kita ini benar-benar beriman selagi diri kita ini tidak diuji.

Ujian itu meningkatkan iman seseorang dan adakalanya ujian itu menjadikan diri kita lebih mengenali pencipta kita ini. Justeru itu, wajarkah bagi seseorang manusia menghina, merendahkan atau memperlekehkan mereka yang ingin berubah ini?? bukan Hak kita untuk menentukan sikap seseorang itu.. Perubahan itu perlu ada dalam setiap individu supaya dapat menjadi lebih baik dari sebelumnya. Bukan untuk membanggakan kebaikan itu tapi untuk mendapatkan keredhaan dari Allah.. Marilah kita sama-sama berubah!!!


Jika anda semua yang merasakan diri kalian terlalu bagus dan merasakan layak untuk menghukum seseorang manusia, fikirkanlah kembali, siapakah yang berhak untuk itu? dan jika anda merasakan diri anda terbaik, bimbinglah mereka.. Sedangkan Sayidina Omar sebelum dapat hidayah, beliau merupakan seorang yang amat jahil .. membunuh anak perempuan, berzina, minum arak, maksiat.. tetapi Allah bagi hadiah kepada beliau maka dia jadi khalifah agung.. 

Jangan menilai seseorang dengan keburukan mereka sebab kita yang baik ni pun belum tentu akan kekal baik.. Allah boleh uji kita dengan macam-macam.. dan mungkin kita sendiri tidak mampu dan akan berubah menjadi lebih teruk dari mereka sekarang.. tengoklah mereka dengan penuh rasa sayang, hormat, dan rasa suka itulah nabi pancarkan pada umatnya sehingga menjadikan Islam tersebar sehingga hari ini.. 


p/s : hanya sekadar perkongsian seorang hamba Allah yang lemah dan banyak kekurangan.. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.. Selamat menjalani ibadah puasa fasa ke 3.. Jom kita kejar malam Lailatulqadar =)
  



Wednesday, June 5, 2013

" 5 hari lagi!! "



Assalamualaikum and おはよう ございます!^_^


Hai semua! entry kali ni sekadar santai-santai je. Dah kian lama tak melacur kata (pinjam ayat Atiahanis Ahmad) hehe.. maybe selalu buat BW(blogwalking) sampai takde masa nak buat entry baru. (padahal terpegun tengok entry orang sampai takde idea kan.. ADOI! =_=) Sebenarnya dah banyak entry aku buat tapi aku hold dulu dan nampak gaya tak jadi nak post kot diatas sebab-sebab tertentu.. sebabnya korang tak perlu tau kot.. saja nak buat suspens.. wakakakkaka =P So aku pun paksakan diri memerah otak bagai untuk mewarnai kembali blog kesayangan aku yang bersawang ni.. 



Sekarang aku baru Tahun 1 Semester 2, yeah! semester kali ini agak mencabar juga sebab aku dah start sebuk mengaktifkan diri kat sini plus exam kali ni aku daftar 7 paper beb. kenalah perform sikit.. hahaha (masak la aku T^T) takpe.. segala usaha yang kita buat PASTI ada hasilnya. Rajin tak rajin je mainannye.. Hurm.. banyak juga dugaan yang aku alami semester kali ni.. hasilnya Alhamdulillah.. aku dapat mengenali erti persahabatan yang sebenar, belajar menjadi seorang pemimpin, jadi orang yang jujur, menjaga hati orang, INDEPENDENT, dan menjadi insan yang bertanggungjawab tapi aku YAKIN walaupun susah dan senang Allah sentiasa ada bersama dengan kita. kepadaNya jua lah tempat kita mengadu dan berserah.. =)

Ada sedikit perkongsian kata-kata hikmat dari Datuk Dr "S" untuk korang yang tengah down.. fikir-fikirlah sejenak dan muhasabahlah diri sekejap k..


"biarpun seribu kapal tenggelam di tengah lautan, namun cita-cita manusia tidak pernah padam." 
(hamka)

"kepuasan terletak pada usaha bukan kejayaan."
(mahatma gandhi.)

"jikalau satu-satunya yang ada hanyalah tukul, maka semua masalah akan dilihat seperti paku." 
(maslow)

"barang siapa yang tidak menjaga dirinya, maka tidak bergunalah ilmunya..."
(imam ghazali)

harap kata-kata hikmat ni dapat membuka mata kita sejenak. Haaaaaa! Exam nak dekat kan? kepada sesiapa yang tengah pulon habis-habisan dalam study week ni...

All the best and がんばってください! 

jaga kesihatan, makan minum dan tidur secukupnya.. yang penting 24434 jangan tinggal ye beb! ^_^

>>special for all UTHM student.. lets COUNTDOWN!!



p/s: don't ask what you demand for life but ask what life demands for you.

Wednesday, April 10, 2013

"to Learn and Improve"



Assalamualaikum and Moshimosh!! ^_^


Hello! Hello! Hello! Hai semua.. Ohayougozaimasu!! Ogenkidesuka?? (maksudnya "morning! korang sehat tak?) haha.. itulah serba sedikit bahasa nihongo yang aku boleh ajar kepada korang semua. Selebihnya tunggu next entry ok. haaaa... cakap pasal entry, dah berkurun juga aku tak update. Mohon dimaafilah ye diatas kesibukan saya sebagai PM yang berwibawa. (bhahahaha XD) Sekarang update pun sebab tengah cuti semester.. dengan harapan takkan sampai bersawang blog kesayangan aku yang cantik ni. Kesian ditinggalkan menyendiri lagi.. Gomen ne!! =_=


Entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman yang kian lama saya tinggalkan sejak akhir sekolah menengah sampai lah 6 April 2013 yang lalu. Kenangan pahit manis warna kehidupan yang takkan aku lupakan sampai bila-bila. Korang tahu tak apa yang aku cuba sembang laa ni?? hahah.. cegini~~ meh kawe citer kat ampa semua.. (dah keluar dah loghat kedah aku) habis punah! rosak bahasa orang.. haha.. Pada 6 hingga 8 April 2013 yang lepas, Kolej Kediaman Perwira UTHM ada menganjurkan sebuah program Kem Induksi Inspirasi Perwira siri ke 02 di Lambaian Danau, Jasin Melaka. Seramai 43 peserta yang terlibat terdiri daripada Sahabat Inspirasi Perwira yang aktif dan penghuni kolej yang sukarela dan sanggup untuk mengorbankan masa cuti mereka. h0h0! =P 

#nak explore?? macam biasa klik "SINI-SINI" kat bawah kiri ni ok!



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...