Pages

Wednesday, April 10, 2013

"to Learn and Improve"



Assalamualaikum and Moshimosh!! ^_^


Hello! Hello! Hello! Hai semua.. Ohayougozaimasu!! Ogenkidesuka?? (maksudnya "morning! korang sehat tak?) haha.. itulah serba sedikit bahasa nihongo yang aku boleh ajar kepada korang semua. Selebihnya tunggu next entry ok. haaaa... cakap pasal entry, dah berkurun juga aku tak update. Mohon dimaafilah ye diatas kesibukan saya sebagai PM yang berwibawa. (bhahahaha XD) Sekarang update pun sebab tengah cuti semester.. dengan harapan takkan sampai bersawang blog kesayangan aku yang cantik ni. Kesian ditinggalkan menyendiri lagi.. Gomen ne!! =_=


Entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua pengalaman yang kian lama saya tinggalkan sejak akhir sekolah menengah sampai lah 6 April 2013 yang lalu. Kenangan pahit manis warna kehidupan yang takkan aku lupakan sampai bila-bila. Korang tahu tak apa yang aku cuba sembang laa ni?? hahah.. cegini~~ meh kawe citer kat ampa semua.. (dah keluar dah loghat kedah aku) habis punah! rosak bahasa orang.. haha.. Pada 6 hingga 8 April 2013 yang lepas, Kolej Kediaman Perwira UTHM ada menganjurkan sebuah program Kem Induksi Inspirasi Perwira siri ke 02 di Lambaian Danau, Jasin Melaka. Seramai 43 peserta yang terlibat terdiri daripada Sahabat Inspirasi Perwira yang aktif dan penghuni kolej yang sukarela dan sanggup untuk mengorbankan masa cuti mereka. h0h0! =P 

#nak explore?? macam biasa klik "SINI-SINI" kat bawah kiri ni ok!




Program kali ini bertujuan untuk melatih kami semua supaya dapat menjadi insan baru yang TABAH mindanya, HEBAT fizikalnya dan MULIA pekertinya. Malah dalam kem Induksi Inspirasi Perwira juga ingin memupukkan nilai 4S dalam kalangan peserta yang terlibat dalam kem tersebut. Korang nak tahu apa maksud tersirat yang ada dalam 4S ni?? nilai 4S ini terdiri daripada...

Senyum...
Sapa...
Salam...
dan Sentiasa Beramal.
  
Sebelum bermulanya carut-carutan dalam entry ni.. layan dulu video montaj ni ok!! 
enjoy!! =D

V
V
V


 Banyak pengalaman baru yang kami pelajari dalam program ini.. dan tentatif selama 3 hari tersebut tersangat-sangat terhad sampai makan minum dan tidur pun tak cukup (macam askar bhai!! T^T) Antara pengalaman yang kami lalui selama 3 hari 2 malam tersebut adalah kami dapat mempelajari perkara-perkara asas yang perlu tahu berkenaan dengan kem(pantang larang hutan dan pemasangan khemah), menjalani LDK yang disediakan oleh fasilitator, berjalan malam sehingga perlu meredah selut paya bagai, membina dan berlumba rakit secara berkumpulan, water confidence, tarian Zapin Ayam, sukaneka tripletlon yang melibatkan 3 cabaran yang berbeza seperti berkayak, lumba pelampung dan countryside (kalau tak silap aku la =_=). Kami juga diberi tugasan penting seperti menjaga amanah pengetua (kon aiskrim dan bendera), pembentangan kumpulan dan pembinaan tiang bendera yang berketinggian 14 batang paip. (task-task yang diberi sangat mencabar walaupun nampak simple!) 

Dan yang terakhir sekali aktiviti yang paling mencabar dan paling menyeronokkan.. PERANG LUMPUR antara INDONESIA dan BANGLADESH!! hahaha.. yang bestnya perang lumpur ni kami dapat merasa pengalaman nak berperang dengan bersenjatakan telur busuk! yaks!! (seriously memang totally busuk ~~) Misi utama permainan ini adalah perlu membunuh GENERAL pihak musuh.. tapi ada had-hadnya dalam permainan ini seperti tak boleh menampakkan dada.. mesti meniarap atau keseluruhan badan dalam lumpur. Tambahan pula, askar perempuan boleh membunuh sesiapa sahaja manakala lelaki hanya boleh membunuh GENERAL dan askar lelaki sahaja..(memang lelaki banyak disadvantage dan unfair sangat-sangat.. adoi~~) Lastly keputusannya kami seri (1 : 1) sama.. hahaha..


selebihnya biarlah gambar yang ceritakan segalanya.. ^_^



Mr no.1 says: dari kiri nombor!!
(LIMA CHIP! haha)
 


 



    


Agi Idup Agi Ngelaban!! haha


akhirnya berdiri tegak jua setelah 6 kali jatuh



sudikah mengambil kon saya Dr?? hehe..

Secara konklusinya, alhamdulillah objektif yang diharapkan dalam Kem Induksi Inspirasi Perwira edisi 02 ni berjaya. Syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat dan bersama-sama susah senang dalam menjayakan program ini. Memang sangat berpuas hati dengan pemberian ilmu dan pengalaman yang diberikan selama 3 hari 2 malam disana. Kenangan yang tidak akan aku lupakan sampai bila-bila. walaupun "Pukulan Ombak Pertama takkan sama dengan Pukulan Ombak Kedua".. Inilah kem kedua yang banyak mengajar aku dan peserta lain erti kehidupan dan menjadi pemimpin sebenar. Terima Kasih dan mohon ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap sebelum ni.. Arigatou minna ^_^

#p.s : kan bagus kalau korang pun ada sekali dalam kem ini.. tiba-tiba teringat kat korang masa zaman PJKN dulu wahai Daus yahya, syida roslan, raimi hanisah, wan nuraina dan mirae.. =D

PJKN dihatiku      


Perwira pun dihatiku ^_^

Thanks for reading!!

4 comments:

aqila said...

wah.. dah lama xbace entry dye..heheh..=) entry yg best..sedikit sebanyak dpt gk en kongsi pglmn kt U..huhu.. emm aktiviti 2 cm pnah qila join time RAPI.. ada skit2 laa nk sme..hehe.. ^_^

missSenget said...

pergh..

menariknya..

lama dah xbuat xtvt gini...

Cik Yaya said...

salam =)

wahh bshnyer aktiviti..
lame yaya xjoin aktvti cmni..huuu

atiahanis ahmad said...

pengalaman mengajar erti mengenal diri dan hidup. tahniah !

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...