Pages

Thursday, August 8, 2013

Salam Eid Mubarak 1434H


Assalamualaikum おはよう みんな ^_^



Alhamdulillah dengan kesempatan yang diberikan oleh Allah SWT dalam memberi ruang untuk saya mengepost entry baru di pagi raya yang mulia ini.. ngee~~ Hari ini 1 Syawal 1434H bersamaan 8 Ogos 2013 Masihi (hari Khamis).. Dengan ini saya mewakili keluarga Mohamed Shokri ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidulfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada semua saudara mara seIslam dan yang mengenali diri kami ini.. Kami ingin meminta ampun dan maaf sekiranya terdapat salah dan silap antara kita bersama selama ini.. Segala kekurangan dalam diri kami haraplah diampuni ye.. Selain itu Halalkan lah segala makan, minum dan ilmu yang diberi selama ini k..

Dengan peluang yang diberi ingin saya berkongsi serba sedikit perkara sunnah dan perkara sunat yang kita boleh amalkan pada hari raya yang mulia ni..
  1. Jangan lupa makan sebelum pergi Solat Raya
  2. Memakai pakaian yang baru di pagi raya
  3. Berjalan kaki dari rumah ke Masjid
  4. Bertakbir, bertahlil raya berterusan sampai solat sunat hari raya
  5. Bersalam salaman dengan saudara seIslam yang lain.
  6. Pulang berjalan kaki dengan melalui jalan yang berbeza.
  7. Sebaik-baik ucapan salam raya sesama kita "taqaballahu minna wa minkum".  
In Shaa Allah diharap perkongsian ini dapat membantu serba sedikit dalam menyambut hari kemenangan kita selama sebulan menjalani ibadah puasa dalam bulan Ramadhan sebelum ini.. Kepada sesiapa yang balik kampung pagi ini, berhati-hati dijalan raya ye, ingatlah orang yang tersayang dan semoga sampai ke destinasi..


akhir kata : 


"TAHNIAH!! 
SELAMAT BERGRADUASI DARI UNIVERSITI RAMADHAN 
AL - MUBARAK ^_^" 


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...