Pages

Wednesday, July 31, 2013

Bukan HAK kita!


Assalamualaikum こんにちわ みんな ^_^


Syukur Alhamdulillah, pada hari ini dah masuk hari ke22 dalam bulan Ramadhan kita masih lagi dikurniakan peluang untuk hidup, untuk menikmati kehidupan di dunia ini. Fikir-fikirkanlah untuk apa kita hidup kerana kadang-kadang ianya dapat memotivasikan hidu kita agar lebih bersemangat menjalani hari dalam bulan yang mulia ini. In Shaa Allah.

"Jangan mengeji mereka yang ingin berubah"

Mungkin ada sesetengah pihak yang berkata, "dulu JAHAT, sekarang ada hati nak buat baik", ada juga yang berkata "jangan jadikan agama untuk MENUTUP kesilapan atau kesalahan yang lalu" dan macam-macam lagi pandangan negatif sesetengah masyarakat pada masa kini terhadap mereka yang berniat untuk berubah ini. Situasi seperti ini sebenarnya tidak seharusnya berlaku.. Hal ini kerana jangan kita lupa.. Siapakah yang membuatkan seseorang itu ingin berubah? Allah SWT bukan?? hatta diri kita sendiri pun perlu berubah, cuma hidayah yang dikurniakan itu antara sampai atau tidak je pada kita ni. Kalau nak menunggu hidayah sampai.. bak kata masyarakat akhir zaman "Belum sampai SERU lagi" memang takkan sampai ler hidayahnya.. Justeru, kita seharusnya lebih lagi mendekatkan diri kepada Allah SWT untuk memperolehi hidayah dan keredhaan dariNya..


Jangan pernah sesekali kita bersikap negatif terhadap mereka yang ingin berubah ini. Bukan HAK kita menjatuhkan hukuman sesuka hati kepada mereka.. sedangkan mereka yang ingin berubah ini boleh jadi lebih baik daripada mereka yang hanya tahu berbicara dan merasakan dirinya sentiasa benar dan betul tanpa mengambil inisiatif untuk memperbetulkan kesilapan mereka sendiri.. Mereka yang pernah melakukan kesilapan besar yang mungkin kelihatan dimata anda itu adalah satu ujian dariNya.. Ujian buat mereka yang melaluinya dan yang melihatnya. Jangan pernah mengatakan diri kita ini benar-benar beriman selagi diri kita ini tidak diuji.

Ujian itu meningkatkan iman seseorang dan adakalanya ujian itu menjadikan diri kita lebih mengenali pencipta kita ini. Justeru itu, wajarkah bagi seseorang manusia menghina, merendahkan atau memperlekehkan mereka yang ingin berubah ini?? bukan Hak kita untuk menentukan sikap seseorang itu.. Perubahan itu perlu ada dalam setiap individu supaya dapat menjadi lebih baik dari sebelumnya. Bukan untuk membanggakan kebaikan itu tapi untuk mendapatkan keredhaan dari Allah.. Marilah kita sama-sama berubah!!!


Jika anda semua yang merasakan diri kalian terlalu bagus dan merasakan layak untuk menghukum seseorang manusia, fikirkanlah kembali, siapakah yang berhak untuk itu? dan jika anda merasakan diri anda terbaik, bimbinglah mereka.. Sedangkan Sayidina Omar sebelum dapat hidayah, beliau merupakan seorang yang amat jahil .. membunuh anak perempuan, berzina, minum arak, maksiat.. tetapi Allah bagi hadiah kepada beliau maka dia jadi khalifah agung.. 

Jangan menilai seseorang dengan keburukan mereka sebab kita yang baik ni pun belum tentu akan kekal baik.. Allah boleh uji kita dengan macam-macam.. dan mungkin kita sendiri tidak mampu dan akan berubah menjadi lebih teruk dari mereka sekarang.. tengoklah mereka dengan penuh rasa sayang, hormat, dan rasa suka itulah nabi pancarkan pada umatnya sehingga menjadikan Islam tersebar sehingga hari ini.. 


p/s : hanya sekadar perkongsian seorang hamba Allah yang lemah dan banyak kekurangan.. Semoga perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada semua.. Selamat menjalani ibadah puasa fasa ke 3.. Jom kita kejar malam Lailatulqadar =)
  



No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...