Pages

Wednesday, December 28, 2011

Koi jelajah Taman Negara Pahang yok!!

Assalamualaikum and konbanwa minna ^_^

Ni cerita zaman purba punya baru nak post.. lama betol aku nak amik masa nak buat entry ni sampai beruban rambutku sudah.. KENAPAKAH?? Adoiyai== harap korang tak bosan baca karangan SPM yang dah karat ni ok.. SELAMAT MEMBACA SEMUA!! ngeh3 =D 
Acara mencabar kemampuan diri di hutan telah berjaya dilaksanakan… walaupun badan koi agak SEHAT.. Terlepas gak lah wei koi mendaki menggelongsor bagai kat Taman Negara Pahang nun.. haha.. (bangga2 ^^) Anyway.. sebelum koi nk start menggebang.. koi nak berterima kasih kepada sahabat koi Adib dan Fazli yang tak putus2 ajak koi join event camping bagai ni kan.. akhirnya tercapai juga impian koi nk brjalan sem ni.. thanx very much! hehe.. dan tak lupa juga kepada budak2 SCOUT SHARK ROVERS PSAS yang join sekaki bergembira, bersedih, bergurau dan sebagainyalah.. korang memang the best!! kenangan MANIS dengan korang takkan koi lupakan sampai bila2.. haha^_^


Julung2 kalinya koi join aktiviti macam ni.. so selama 20 tahun koi hidup.. koi berjaya mencabar diri sendiri menjelajah flora dan fauna yang meluas di negeri Pahang yang serba indah ni.. (ayat memang taknak kalah en budak sorang ni.. adoiyai) tapi yang menariknya kali ni kami menjalani kehidupan didalam hutan selama 4 hari 3 malam dalam keadaan cuaca lembab yang nak tak reti2 kering.. kerap sangat hujan.. bayangkanlah.. mencabar woooottt.. haha~~

Kami start memanaskan punggung dalam bas sejak dari jam 8 pagi.. semua peserta dengan muka bangga tayang gigi kat bus stop behrang 2020 seawal pukul 7.00 pagi.. rupa2nya bus bergerak pukul 8 a.m!!! bertuah bet0l.. so.. koi dan pakyeh(bukan nama sebenar) duduk menunggul 1 jam bagai orang separa gila.. adoiyai.. perjalanan kami dari Behrang sampai Taman Negara Pahang dalam anggaran 5 dan 6 jam je.. tu pun belom tambah tolak masa stop kat R&R Genting Sepah dan kat Jerantut.. sekejap sangat kan.. driver bus sangat agresif… memang tak boleh nak tido dengan tenang dalam bus tu.. sangat laju dan lap dia tak smooth.. walau pun tak tenang, aku berjaya tido tahap mumia sampai ke destinasi.. wakaka XD

Trip kali ni aku agak teruja pasal kami ambik konsep besederhana di dalam semua perkara.. tapi kan.. kalo nak ikotkan kem kali ni sangat meriah dari biasa ^_^ (walaupun ditemani dengan hujan dan petir) haha XD Kami semua menginap dalam khemah yang serba uzur di campsite yang berdekatan dengan sungai yang amat deras arusnya. Kelajuan arus dalam 50km/h (kuat dowh!!).. so jauhilah dari sungai tersebut.. ngee~~ manakala masakan pula semuanya self service hasil dari pungutan sponsor PSAS dan rm80 dari setiap ahli. h0h0.. malas nak gebang panjang sangat lah jadi b0san nanti abes punah career aku.. kita JUMP terus kat gambar bawah ni apa aktiviti yang aku tempuhi selama 4 hari tersebut.. ZaazzzZ!! 

  26 November 2011(Day 1)

bina campsite

LDK 1 (nyanyi, joget berlawak bagai)^_^
Hari pertama agak bosan sikit sebab tak banyak aktiviti yang kitorang buat.. seperti yang korang semua tengok gambar kat atas ni tu je lah yang kami buat. Mana taknya.. sampai campsite petang then malam boleh lak hujan.. memang indoor je lah event kami tapi not bad gak lah aktivitinya. Kami bernyanyi, menari dan bermain beramai-ramai sampai tengah malam. Yang bestnya semua sporting.. memang takda malu-malu kambing bagai lah.. main layan je angin malam budak2 lain.. tapi memang serius PENAT, SHOK dan BEST bak hang!! =D

27 November 2011(Day 2)

Meneroka Hutan Simpan Taman Negara
Setelah penat lelah beronok-ronok semalaman, tepat detik 9 pagi kami semua dikumpulkan untuk memulakan aktiviti2 yang kami sangat nantikan kat Taman Negara Pahang ni. Kami memulakan dengan aktiviti jungle tracking meredah hutan tebal yang indah ni. Sebelum bergerak kami telah dibahagikan kepada 3 kumpulan iaitu kumpulan JAHAT, NORMAL dan BAIK. yang kumpulan JAHAT tu confirm2 la aku.. (muka aku ni memang jahat sangat ke apa?? adoi=="hahahah XD)  Terdapat pelbagai jenis tumbuhan hijau yang kami pelajari dan kebanyakannya digunakan untuk perubatan, komunikasi dan membuat perabot seperti gambar yang korang tengok kat atas ni.
Pengalaman naik Rapidshoot
Kemudian kami terus menaiki rapidshoot (hampir sama la macam rapidKL bezanya cuma atas sungai je) haha.. nasihat aku kepada sesiapa yang berangan2 nak cuba selamatkan lah barang2 korang sebelum basah.. sebab memang confirm2 seluruh badan basah kuyup bila naik transport ni.. tambahan pula masa nak lawan arus sungai.. pergh!! memang sejuk ketak gegel satu badan punya lah.. haha.. Pastu dah alang2 basah kuyup kami pun stop laa kat R&R kampung orang iban kat sana. (tapi kat tepi sungai maen pasir je lah) setelah beberapa minit kami pulang ke campsite sebab nak kena prepare dinner dan sambut birthday sahabat kami sorang ni. Memang masak la dia masa tu kena tepung dan telur itik bagai.. cian dia.. haha =P
Dinner & celebrate birthday 20 yr old
nigthwalk bebeh!!
Selepas kami dinner perut membuncit melantak banyak bagai, kami meneruskan aktiviti dengan nigthwalk dalam taman negara tersebut. Aktiviti ni bertujuan untuk mencari binatang dan serangga yang bergiat aktif pada waktu malam. Memang bersepah-sepah lah pelbagai jenis binatang dan serangga yang kami jumpa kat sana. Yang menakutkan bayangkan lah kebanyakan serangga yang kami jumpa semuanya sebesar tapak tangan plak. Seram neh!! dan yang bestnya kami terserempak dengan tapir dan rusa liar betol2 kat depan kepala kita sendiri.. aku lak hampir2 gak la nak kena langgar dengan tapir tersebut.. maklum lah malam dengan gelapnya lagi.. haha.. tapi memang BEST dan susah nak dapat pengalaman macam ni.. So korang bila lagi?? hehe =P  
  
28 November 2011(Day 3)

gi naik Jambatan Canopy lak..

tinggi woo!!
Yeah!! dah sampai akhirnya aktiviti klimaks yang sudah lama kami nantikan dan memang ni lah tujuan kami nak datang Taman Negara asalnya.. Mestilah jambatan Canopy.. seperti yang korang tengok kat gambar atas ni.. Perjalanan berjalan diatas Canopy dalam 500 meter dan ketinggian paling tinggi aku capai pula dalam 750 kaki. 1st time naik memang rasa gayat gak lah tapi best sangat sebab bukan senang dapat rasa pengalaman yang "rare" ni kan..
LDK 2 & main tepung!!
Then masa malam pula kami terus mengisi masa kami yang bocor ni dengan LDK 2.. kami bermain pelbagai jenis permainan pengakap seperti komunikasi orang bisu, kotak beracun, berita terkini dan polarbear.. Game pengakap yang paling aku layan sekali game BERITA TERKINI dan POLARBEAR.. memang kering gusi gua cakap lu sampai yang terkeluar gusi pun ada gak.. errr (no komen==") haha.. Then kami pun stayup ler sampai ke pagi.. bagi siapa yang tidur macam aku ni memang confirm2 kena majal dengan bebudak lain.. sedap2 je dorang sapu tepung yang disalut dengan sabun kat muka mangsa yang tidur.. memang banyak gak lah pembaziran berlaku malam tu.. adoiyai.. tapi memang enjoy malam terakhir dengan dorang ^_^

29 November 2011(Day 4)

packing nak berambus

jenguk gajah montel yang kawaii. h0h0

Last day macam biasa bla..bla.. bla.. dah kena kemas bagasi khemah bagai pulang ke tanah air.. tapi sebelum itu, driver bas kami teringin nak bawa kami berjalan tengok gajah pula bak hang!! Gajah yang kami nak jejak kasih ni melepak kat kuala gandah dan dikenali juga sebagai santuari gajah.. Agak bosan sedikit masa tu sebab keadaan tidak mengizinkan.. So kami hanya mampu jenguk sekumpulan gajah2 ni kat kandang je lah.. then main snap2 gambar (batak macam tak pernah tengok camera plak kan) haha..
enjoy the meal!! tempoyak masak lemak oiishii!!
Sesudah bermanja-manja dengan gajah yang serba comel dan montel tersebut.. Kami terus singgah kat rumah sahabat baik kami yang juga berdekatan tersebut.. katanya ada buat makan2.. kami apa lagi tak payah segan silu terus isi perut yang kempis sampai buncit 9 bulan.. ngeh3.. anyway Ikan patin tempoyak masak lemak memang terbaik yok!! h0h0.. =) Lepas isi perut macam biasa  
"say goodbye to Pahang".. weeee..><

Rasanya cukuplah sampai sini je aku menggebang.. dah tak larat dah nak perah buat entry ni wei.. Dah kempis otak nak dipikirannya.. haha.. nak tahu lebih?? gi lah try jelajah Taman Negara Pahang!! confirm berbaloi2.. (harap korang tak berdengkur masa baca entry ni) haha..

p/s: my advise.. korang set lah betol2 k bila masa nak gi.. jangan jadi macam kami gi masa ujan memanjang.. adoiyai.. anyway.. Happy Reading!! jaa matta =) 

2 comments:

Anonymous said...

belum pernah pegi lagi...huhukk

Aziah Razak said...

Sy tak sengal pun tapi comel gila ahh gambar kartun kucing tu. muahaha. ;p

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...