Pages

Saturday, July 30, 2011

Kenali Cinta...


Assalamualaikum and moshim0sh semua!!

Hai semua..! wat sementara waktu ni aku nak share dengan korang semua artikel dari sahabat aku yang tak putus-putus menasihati aku supaya menjadi orang yang berguna dan soleh. Dialah antara sahabat yang banyak membimbing dan membuka mata aku sejak dari sekolah menengah sampailah sekaranag. So.. kita skip dulu ye sambungan cerita pasal holiday aku sebelum ni readers.. 





Cinta yang memberikan cahaya:

“Sesungguhnya diantara hamba-hamba Allah itu ada beberapa orang yang bukan nabi dan syuhada menginginkan keadaan seperti mereka disebabkan kedudukannya disisi Allah. 

Sahabat bertanya;

“Ya Rasulullah, tolong kami beritahu siapa mereka? Rasulullah SAW. Menjawab : Mereka adalah satu kaum yang cinta mencintai dengan roh Allah tanpa ada hubungan sanak saudara, kerabat diantara mereka serta tidak ada hubungan harta benda yang ada pada mereka. Maka, demi Allah wajah-wajah mereka sungguh bercahaya, sedang mereka tidak takut apa-apa dikala orang lain takut, & mereka tidak berduka cita dikala orang lain berduka cita.” (H.R. Abu Daud)


Cinta yang menggugurkan dosa:

“Sesungguhnya seorang muslim apabila bertemu saudaranya yang muslim, lalu ia memegang tangannya (berjabat tangan) gugurlah dosa keduanya sebagaimana gugurnya daun dan pohon kering jika ditiup angin kencang. Sungguh diampuni dosa mereka berdua, meski sebanyak buih dilaut.” (H.R. Tabrani)


Cinta yang memberikan keteduhan:

“Sesungguhnya Allah SWT pada hari kiamat berfirman : “Dimanakah orang yang cinta mencintai kerana keagungan-Ku? Pada hari ini Aku akan menaungi dengan menunggu-Ku dihari yang tiada naungan melainkan naungan-Ku.” (H.R. Muslim)


Cinta yang berbalas cinta:

“Allah swt berfirman, “pasti akan mendapat cinta-Ku orang-orang yang cinta mencintai kerana Aku, saling kunjung mengunjungi kerana Aku dan saling memberi kerana Aku.” (Hadits Qudsi)


Dicintai-Nya kerana cinta:

“Bahawa seseorang mengunjungi saudaranya di tempat lain, lalu Allah mengutus malaikat untuk mengikutinya. Tatkala malaikat menemaninya  
malaikat berkata, “Kau mahu kemana ?”
Ia menjawab, “Aku ingin mengujungi saudaraku di tempat ini”
Malaikat terus bertanya, “Apakah kamu akan memberikan sesuatu pada saudaramu?”
Ia menjawab, “Tidak ada, melainkan hanya aku mencintainya kerana Allah SWT”
Malaikat berkata, “Sesungguhnya aku diutus Allah kepadamu, bahwa Allah mencintaimu sebagaimana kamu mencintai orang tersebut kerana-Nya.” (H.R. Muslim)


Tiga cinta yang manis:

Tiga perkara, yang barang siapa memilikinya, ia dapat merasakan kemanisan iman, iaitu cinta kepada Allah dan Rasul melebihi cintanya kepada selain keduanya, cinta kepada seseorang kerana Allah dan membenci kekafiran sebagaimana ia tidak mahu dicampakkan ke dalam api neraka. (H.R. Bukhari-Muslim)


p/s:  Begitu banyak peluang yang Allah berikan, yang Rasulullah tunjukan, untuk menjadi mulia dengan cinta. Bukan menjadi terhina kerananya. Semoga hadis-hadis cinta ini dapat membantu & mendorong hati kita untuk sedikit demi sedikit memahami cinta yang menyelamatkan. Cinta yang membawa kita ke syurga-Nya, InsyaAllah.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...