Pages

Thursday, July 21, 2011

Holiday Medan Trip (Part 1)


Assalamualaikum and moshim0sh!!


Dalam Part 1 kali ni aku nak share dengan korang tempat2 yang aku jelajah selama 4 hari 5 malam aku dinegara jiran Indonesia. Apa yang aku cuba terang kali ni bukan mengikut fakta hitam putih or dari maklumat internet. Tapi mengikut pendapat (yang tak berapa sure sangat lah) yang dapat aku rasa dari segi niat, percakapan mahupun perbuatan sebagai musafir sementara di sana. So.. kalau ada perkara yang tak betul mengenai keterangan aku lepas ni.. sila-silalah memberi komen yaaawwW! Anyway nak tahu ada apa kat Indonesia? Jom kita explore bebeh.. ^_^
  
Sebelum aku mula citer menggebang kat korang, aku nak bagitau secara umum tempat2 yang kami jelajah. Antara jajahan kami adalah di Medan, Danau Toba, Parapat dan Bukit Gundaling. Kami jelajah dari tempat ke suatu tempat dengan bimbingan daripada abang Arun yang tidak lain tidak bukan juga merupakan anak jati Medan lor.. Kami memerlukan jasa baik beliau supaya dapat mengelakkan daripada tersesat di Indonesia.. ngeh3!! =,=" Korang leh tengok gambar2 family trip aku kat bawah ni.. zaazzz!!


Menarik bukan tempat2 yang aku jelajah ni? sebenarnya banyak lagi gambar yang aku nak share kat korang semua tapi malangnya aku tengah kekusutan idea nak menerangkan setiap gambar yang aku amek ni. So.. tak beranilah nak letak gambar banyak2.. haha.. (alasan je shez ni) Maklumlah dah lama tak update, abes lupa lah perkara yang aku janji nak citer kat korang sebelum ni. Gomen nasai~~ tapi tak mengapa.. Aku try ingat balik dan citer slow2 kat korang k.. h0h0..

Medan ni hampir sama je pun dengan kat Malaysia ni.  Tapi yang membezakannya pun banyak gak lah dari segi politik, ekonomi, sosial, budi bahasa, dan sebagainyalah.  Negara orang lain lah katakan mesti lah berbeza. Bak kata mama aku "hujan emas dinegeri orang, hujan batu dinegeri sendiri.."
(apelah shez ni.. sengal~~).  

Antara perbezaan ketara yang aku nampak adalah kenderaan dan peraturan jalan raya dorang.  Di Malaysia, kita menggunakan HORN bila tengah marah dengan kesalahan pemandu lain atau memberi isyarat kepada orang yang kita kenal kan? kan? Kalau kat Indonesia lain sikit.  Jalan raya Indonesia samada dikawasan pendalaman mahupun dikawasan bandar memang tak pernah miss dengar bunyi horn yang berterusan seperti bunyi horn di Stadium Bola Sepak plak.  


Tambahan pula, pemandu di Indonesia memang berani melanggar peraturan jalan raya.. macam jalan raya tu bapa dia punya lah senang.  Sebab tu lah banyak kenderaan memekak horn je.. Selain itu, memang tak dijangka gak lah.. Jalan di Medan hampir sama seperti di Kuala Lumpur tapi yang dasyatnya lebih sesak dan padat dengan motor, van awam, motor beca dan sebagainyalah. Memang padat yang amat! Nasib malang bagi sesiapa yang naik kereta jam sepanjang masa. Adoiyai~~ 

Kalau nak tahu, semua kesesakan ni berpunca daripada masyarakat Indonesia sendiri kerana penduduk terlalu ramai dan mereka tak mampu untuk membeli kereta sebagai transport utama mereka. Yang termampu pun motor, itupun menyewa.. Sebab tu lah bandar Medan ni sesak dengan motor.. h0h0..  

Tapi aku memang respect sangat2 kat pemandu Indonesia ni. Sebab ape?? mesti lah sebab sifat penyabar mereka bila memandu.  Memang susah nak tengok dorang naik angin bila pemandu lain buat tahi tengah2 jalan.  Mengalah je.. Sebab tu lah khabar angin ada mengatakan yang negara Indonesia ni paling sedikit kemalangan jalan raya. Rupa-rupanya tu lah rahsia disebaliknya. Tabik Spring untuk pemandu Indonesia.. wing2!!^_^

Rasanya aku stop sampai sini dulu lah.. terasa panjang sangat lah plak aku merapu ni.. Kita sambung dalam Part 2 plak k.. Enjoy reading and Oyasumi semua.. =_=zZ

p/s:  Hontoni Gomennasai semua sebab tak respon sejak kebelakangan ni.. Aku baik2 je, just makin busy nak urus bila masok sem baru.. Hope u guyz still enjoy reading my blog yaawwW!..h0h0..

1 comment:

Aziana Teh said...

Lama betul tunggu... akhirnya~
Post la lagi! haha

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...