Assalamualaikum, salam 1 Malaysia, salam Pengakap and moshim0sh!!^^
Wah.. bukan maen panjang greeting aku malam ni.. buang tebiat ke ape.. yang takleh blah leh lak sesat "salam pengakap" tu.. adoiyai~~ Udah2!! aku update ni bukan nak sembang pasal greeting ni ye.. h0h0.. Sebelum aku mulakan aku nak tanya dulu.. korang pernah taw or terdengar kat mana2 ke pasal sukan Parkour ni?? Aku sure sangat majoriti laki taw walopun sedikit manakala perempuan memang tak pernah taw or dengar pun pasal Parkour ni.. betol kan? kan?? Kalau nak taw.. kita saksikan video dibawah ni..
V
V
V
V
V
V
Menarik kan semua gaya lompatan larian bagai dorang ni.. dah mengalahkan monyet dah.. ngee.. Bagi aku jelaskan secara am kat korang semua.. Parkour ni lebih dikenali juga sebagai "l'art du déplacement" (seni bergerak) yang merupakan disiplin fizikal asal Perancis dimana peserta berlari di sepanjang laluan, mencuba aksi2 extreme dalam cara yang paling efisien mungkin, dan seolah-olah bergerak dalam situasi kecemasan dengan menggunakan kemahiran seperti berlari, melompat dan memanjat. Terdapat dua jenis panggilan yang digunakan untuk pengamal2 Parkour ni.. traceur bagi lelaki manakala traceuse bagi wanita..
Traceur dan traceuse adalah berasal dari kata kerja Perancis yang bermaksud "mengesan" atau "menggambar", dan diistilahkan gak sebagai "pergi cepat". Pelik dan complicated je kan.. daripada aku cerita kusut2 bagai macam ni lebih baik aku tunjuk siapa David Belle ni kan.. nak taw muka dia macam mana.. tengoklah bawah ni..^^
David Belle(Professional Traceurs) |
Kalo nak tengok aksi2 parkour yang hebat.. korang search lah nama dia kat youtube or download movie B-13.. haha.. Actually banyak cerita yang menggunakan aksi2 parkour ni antara salah satunya cerita yang terkini seperti Fast Firious 5.. Kalo tak caya cuba tengok balik.. serious berlambak.. ngee~~ Kebanyakan orang selalu pikir pelakon yang buat aksi2 ni ahli2 gimnastik padahal dorang ambil orang parkour nun jaoh kat brazil tu.. (kantoi aku yang pikir orang gimnastik.. adoiyai)
Untuk pengetahuan Parkour juga merupakan sukan bandar dan selalunya dipraktikkan di kawasan seperti bangunan dan rel kerana kebebasan bergerak dan kreativiti traceur amatlah ditekankan dalam dunia Parkour. Dikira sukan ni banyak memerlukan fizikal dan mental yang kuat. Moreover orang yang mahir dalam kegiatan ini biasanya sangat tertarik memiliki kebolehan yang istimewa..
Dibawah ni adalah serba sedikit aksi yang digunakan dalam parkour ni. Diharap korang janganlah cuba buat aksi2 ni tanpa pengawasan orang2 yang pakar dalam sukan ni..
(sebab aku pernah tersilap wat sampai senak 1 jam tak leh bangun.. haha)
Jump Over |
Back Flip |
Flag |
Front Flip |
Monkey Vault |
Side Vault |
Side Flip |
Forwar vault & Wall Spin |
Tic-Tac |
Rasanya itulah serba sedikit aksi yang aku taw.. (ceh!! macam aku ni pro sangat lak.. perasan tol) Kat Malaysia ni memang susah nak jumpa kelab2 atau tempat latihan Parkour ni. Kalo ada pun sikit sangat. Kebanyakannya pun yang aku jumpa ada sekumpulan remaja yang cuba belajar sendiri dengan merujuk pada internet. Tanpa guna peralatan keselamatan lak. Memang berani mati betul.. kepada sesiapa yang nak mencuba.. Aku nasihatkan pastikanlah keselamatan diri terjamin dulu k kawan2!! Majukan sukan untuk badan anda.. Elakkan menternak lemak.. selamat beramal.. haha^_^
p/s: Maybe this month aku jarang update blog.. line lembab sangat macam cipan jiran sebelah.. so.. terpaksa lah aku jadi silent reader wat sementara ni.. aku minta maaf sangat2.. Aku harap korang semua paham yaawwW..! ngee.. jaa matta ne =D
6 comments:
best tgk sukan parkour nie
slalu gak tgk kt 8tv..style gila kot!
sejak bila berminat ni?
nice bro...hahaha...aq da jarang main natang ni...tp msih de lg skill2...hahaha..
Adwa: owh.. ada kat 8tv eyk.. haha.. mmg style gler en.. ^^
shahirah: sejak aku kenal yeen.. haha
yeen: lor.. jrg maen ke sensei.. keep it up lor.. haha XD
Aq suka benor dgn sukan extreme PARKOUR nie ~~tp dh lama plak tinggal takut tk konfiden nk mula balik ~~he2
semart gilak! :D
Post a Comment