Assalamulaikum dan Moshimosh.. ^_^
Haa.. sekarang aku nak sambung balik cerita entry "Long Ride beraya Utara beb!!".. Sebelum ni aku menggebang cerita perjalanan aku kat area Perak kan?? Laa ni aku nak berkongsi dengan korang semua bagaimana perjalanan aku ke area Pulau Pinang dan Kedah lak.. Maybe ni entry yang terpanjang aku pernah buat dan berharap readers banyakkan bersabar ye baca entry aku ni nanti.. hehe ^_^
Ok! kita refresh balik ye.. Pada hari Khamis "30 Ogos 2012" aku bergerak dari Gerik tepat jam 9.30 malam nak ke Bagan Serai rider seorang diri.. Tup Tap dah sampai Bagan Serai dalam pukul 12 tengah malam.. Aku pun terus bermalam dirumah Arif Syahmie disana.. Perjalanan aku dari Gerik masa tu agak bahaya sebenarnya sebab dalam keadaan gelap gelita plus jalannya bersebelahan dengan hutan yang dipenuhi dengan binatang liar.. Nasihat dari aku.. kalau nak berjalan jauh jangan lah gerak sorang2 ye.. macam-macam leh berlaku cik abang akak oii.. T^T
Sesudah sampai rumah Arep.. aku terus urus diri aku yang tak berapa terurus pada masa tu.. siap mandi solat bagai aku terus membongkang diatas tilam dan bantal yang empuk.. Mekaseh ye Arep sebab sediakan tempat tido yang selesa untuk aku.. Kalau tak.. aku tak tahu nak bermalam kat mana tau.. =) Untuk keesokan harinya sila klik "Sini! Sini!" macam biasa kat kiri bawah ni ye.. Enjoy reading ^_^