Pages

Wednesday, August 6, 2014

Perempuan yang Aku Cinta




Bermula aku mengenalimu,
Aku bergerak mencari,
Bukan mudah,
Tetapi tidak pernah aku berputus hati,

Engkau yang indah bukan kerana wajah,

Engkau yang cantik bukan kerana pangkat,
Yang bergemerlapan kerana agama,
Yang bersinar kerana akhlaknya,
Aku cari dikau,
Wahai perempuan yang aku cinta.


Bercita-cita ingin bahagia,
Kerana aku yakin engkau akan mengharapkan yang sama,
Perkahwinan yang bukan kerana nafsu semata,
Tetapi untuk menjaga diri kita, dan memperjuangkan agama.
Membina keluarga,
Agar lahir daripadanya askar-askar Tuhan kita. 

Aku mencintaimu sepenuh jiwa,
Kerana aku yakin, engkau tangga aku kepada-Nya,
Sebab itu aku tidak pernah lelah mencintaimu,
Kerana dasar cintaku adalah Dia.

Telah aku lamar seorang perempuan,
Aku kira engkau adalah dia,
Aku berharap engkau adalah dia,
Boleh jadi bukan, 
Boleh jadi ya.

Apa pun pilihan aku,
Engkau tetap yang paling aku cinta,
Aku hanya manusia biasa,

Sedang engkau adalah bidadari layaknya,
Mungkin juga engkau terlalu tinggi,
Hingga tidak wujud didunia ini,
Kalau engkau tiada dalam perempuan yang telah aku lamari,
Maka aku berharap kita bertemu di syurga nanti.

Kerana engkau sahaja aku cinta,
Bukan tunangku,
Bukan yang nanti menjadi isteriku,
Melainkan dia adalah engkau,
Maka nyata Allah telah mengawalkan syurgaku.

Wahai perempuan yang aku cintai,

Sungguh diriku ini merindui~

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...